Seksyen 32
Penyerahsimpanan rekod
ActIn forceProvision 19 of 33
Seksyen 32
(1)
Semua rekod yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dipindahkan atau diserahkan kepada, atau disimpan dengan Arkib
Negara hendaklah diserah simpan di Arkib Negara atau di mana-mana tempat lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Dalam mana-mana hal apabila apa-apa jenis rekod diserah simpan di Arkib Negara menurut Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah menerima dan menyimpan rekod itu mengikut cara dan bagi maksud yang diarahkan oleh Akta ini, dan hendaklah membuat apa-apa nota atau catatan pada, dan memberikan akuan penerimaan berkenaan dengan rekod itu sebagaimana yang perlu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 24