Seksyen 33
Penubuhan Pusat Rekod dan Pusat Rekod Agensi
ActIn forceProvision 20 of 33
Seksyen 33
(1)
Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah boleh menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan Pusat-Pusat Rekod.
(2)
Sesuatu Pusat Rekod hendaklah bertanggungjawab bagi penyimpanan, pemprosesan dan penyenggaraan rekod dalam Pusat
Rekod itu.
(3)
Ketua Pengarah boleh menasihati dan membenarkan penubuhan
Pusat Rekod Agensi untuk dikendalikan oleh pejabat awam yang hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan pemeliharaan rekod pejabat awam itu dalam Pusat Rekod Agensi itu.