Seksyen 14
Seksyen 14
Bank Negara boleh menghendaki sesuatu bank Islam supaya menyenggarakan wang modal, yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain, mengikut sekian kadar bagi aset cawangan-cawangan dan pejabat-pejabatnya di Malaysia dan di luar Malaysia atau hanya bagi cawangan-cawangan dan pejabatpejabatnya di Malaysia sahaja sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara dengan notis secara bertulis.
(2)
"Wang modal" dalam subseksyen (1) hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu dalam subseksyen (2) seksyen 5 tetapi dengan apaapa ubahsuaian yang dinyatakan dari semasa ke semasa bagi maksud subseksyen (1) oleh Bank Negara dengan notis secara bertulis.