Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian IV · Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Bank Islam

22. Section 22

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah memperoleh kelulusan Menteri mengenai apa-apa—

(a)

perkiraan atau perjanjian yang dicadangkan—

(i)

untuk menjual atau melupuskan syer-syer atau perniagaannya; atau

(ii)

mengenai kuasa mengundi, pengurusan atau perkara-perkara lain, yang akan mengakibatkan sesuatu perubahan dalam pengawalan atau pengurusan bank itu; dan

(b)

skim yang dicadangkan—

(i)

bagi membina semula bank itu; atau

(ii)

bagi menyatukan, mencantumkan atau selainnya antara bank itu dan manamana perbadanan lain, dalam mana kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau harta bank itu akan dipindah milik kepada suatu perbadanan lain.

(2)

Menteri, atas syor Bank Negara, boleh meluluskan atau enggan membenarkan perkiraan, perjanjian atau skim yang dicadangkan itu, tetapi kelulusan Menteri itu janganlah hendaknya ditahan dengan tidak berpatutan.

Report

Bahagian V

Sekatan Mengenai Perniagaan

Bahagian VI

Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Bank-Bank Islam

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Bahagian VIII Pindaan-Pindaan Berbangkit