Skip to content
ActIn force

Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2008
Sections
20
Languages
MS · EN

Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 is Malaysia Act, cited as Act 684 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 684

AKTA BANK PERTANIAN

MALAYSIA BERHAD 2008

Sebagaimana pada 1 Oktober 2018

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 684

Tarikh Perkenan Diraja

… … … 16 Januari 2008

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 24 Januari 2008

Bank Pertanian Malaysia Berhad 3

Akta 684

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kepada dan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Bank Pertanian Malaysia pada suatu syarikat dengan nama Bank Pertanian Malaysia Berhad, dan untuk membuat peruntukan bagi perkara lain yang berhubungan dengannya. [1 April 2008, P.U. (B) 158/2008] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Pertanian Malaysia

Berhad 2008.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bank” ertinya Bank Pertanian Malaysia Berhad yang disebut dalam seksyen 3;

“Bank Pertanian Malaysia” ertinya Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta *Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9];

*CATATAN—Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9] telah dimansuhkan oleh Akta Bank

Pertanian Malaysia Berhad 2008—lihat seksyen 17 Akta 684.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 684

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala hak harta, kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Bank;

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan oleh Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“tarikh letak hak” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah subseksyen 4(1);

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan hak perkembalian dan baki.

Bahagian II

PERUNTUKAN PEMBENTUKAN, PEMUNYAAN DAN

PELETAKHAKAN

Bank

Suatu Bank yang merupakan suatu syarikat di bawah *Akta

Syarikat 1965 [Akta 125] diperbadankan dengan nama “Bank

Pertanian Malaysia Berhad”.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang m.b.p. 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Bank Pertanian Malaysia Berhad 7

Peruntukan peletakhakan

(1)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh letak hak dan pada tarikh itu, segala harta, hak dan liabiliti Bank

Pertanian Malaysia hendaklah menurut kuasa Akta ini berpindah kepada dan terletak hak pada Bank tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik.

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah terletak hak sedemikian pada Bank dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Bank atas namanya sendiri, dan tidaklah perlu bagi Bank atau

Bank Pertanian Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Bank atas namanya sendiri, dan tidaklah perlu bagi

Bank atau Bank Pertanian Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Bank Pertanian Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap

Bank.

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Bank pada tarikh letak hak,

Bank boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 684

(7)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletak hak pada Bank, peruntukan Bahagian Tiga

Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Bank seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.

(8)

Pada dan selepas tarikh letak hak, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Bank di bawah subseksyen (1) yang Bank Pertanian Malaysia menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh

Bank Pertanian Malaysia, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah

Bank telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam Bank

(1)

Berbangkit daripada peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada Bank di bawah seksyen 4, Bank hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti Bank sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan.

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah—

(a)

diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri;

(b)

daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan

(c)

diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud

*Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayarkan disebabkan oleh pembayaran kepada Bank akan nilai nominalnya.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang m.b.p. 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Bank Pertanian Malaysia Berhad 9

(3)

Menteri boleh melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak pada sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya yang berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan.

Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti Bank

(1)

Menteri boleh, melalui Perbadanan, pada bila-bila masa, memperoleh—

(a)

sekuriti Bank atau mana-mana subsidiari Bank; atau

(2)

Menteri boleh melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh oleh Perbadanan di bawah seksyen ini.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv)

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya yang berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan.

(5)

Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal Bank yang—

(a)

diakibatkan oleh penerbitan syer yang diuntukkan pada masa Bank dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan;

dan

(b)

diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan oleh penerbitan syer yang dilanggan oleh Perbadanan di bawah perenggan (1)(a).

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 684

Pelantikan wakil Kerajaan dalam Lembaga

(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, selagi Kerajaan memegang tidak kurang daripada lima peratus daripada keseluruhan sekuriti terbitan dalam Bank, selepas berunding dengan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani, menamakan apa-apa bilangan orang yang sesuai untuk menjadi pengarah dalam Lembaga.

(2)

Bank hendaklah menyebabkan tiap-tiap orang yang dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen (1) dilantik ke dalam Lembaga.

(3)

Mana-mana orang yang dilantik ke dalam Lembaga di bawah subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, diberhentikan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani, dengan memberi notis bertulis kepada orang itu dan Bank.

(4)

Bagi maksud menentukan bilangan orang yang hendak dilantik sebagai pengarah dalam Lembaga di bawah subseksyen (1),

Menteri hendaklah mengambil kira jumlah keseluruhan sekuriti yang dipegang oleh Kerajaan dan jumlah bilangan pengarah yang dilantik oleh Bank dalam Lembaga, pada masa penamaan itu.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh apa-apa kuasa, hak atau keistimewaan yang boleh diberikan kepada Kerajaan oleh dokumen penubuhan

Bank.

Akaun statutori

(1)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori Bank—

(a)

peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 4

hendaklah dikira sebagai suatu peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti yang Bank Pertanian Malaysia berhak dan tertakluk kepadanya sebaik sebelum penghujung tahun perakaunan genap terakhir Bank Pertanian Malaysia, yang berakhir sebelum tarikh letak hak dan sebagai telah dikuatkuasakan kepada Bank pada tarikh letak hak; dan

Bank Pertanian Malaysia Berhad 11

(b)

nilai mana-mana aset, hak atau amaun mana-mana liabiliti Bank Pertanian Malaysia, yang dikira sebagai telah terletak hak pada Bank menurut kuasa seksyen 4

hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Bank Pertanian Malaysia, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Bank Pertanian Malaysia, yang berakhir sebelum tarikh letak hak.

(2)

Bagi maksud apa-apa akaun statutori Bank, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan apa-apa butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Bank Pertanian Malaysia, sama ada dengan cara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau melakukan, menilai semula atau melepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun pada apa-apa peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh

Bank.

(3)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori Bank ialah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh Bank bagi maksud mana-mana peruntukan *Akta Syarikat 1965.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang hendaklah ditentukan oleh Menteri.

Bahagian III

KAKITANGAN

(1)

Bank hendaklah menerima ke dalam penggajiannya pada tarikh letak hak tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu ialah anggota kakitangan Bank Pertanian Malaysia dan yang telah diberikan pilihan oleh Bank Pertanian Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Bank.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang m.b.p. 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 684

(2)

Tiap-tiap orang yang memilih di bawah subseksyen (1)

untuk berkhidmat sebagai pekerja Bank hendaklah diambil kerja oleh Bank atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh letak hak.

(3)

Bank tidak boleh memberhentikan kerja mana-mana kakitangan dalam tempoh lima tahun dari tarikh letak hak.

Bahagian IV

TUJUAN, KUASA DAN OBLIGASI SOSIAL BANK

Tujuan dan kuasa Bank

(1)

Tujuan Bank adalah—

(a)

untuk menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang kukuh;

(b)

untuk menyelaraskan dan menyelia pemberian kredit daripada kumpulan wang awam bagi maksud pertanian oleh pelbagai orang atau badan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

(c)

untuk mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit lain bagi pembangunan sektor pertanian dan perniagaan berkaitan pertanian;

(d)

untuk menggembleng simpanan dengan perhatian khusus kepada sektor pertanian dan bagi mencapai tujuan ini, untuk menerima simpanan dan deposit bertempoh;

(e)

untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti pertanian;

dan

(f)

untuk menjalankan perniagaan am suatu institusi perkhidmatan kewangan yang moden dan progresif yang memenuhi keperluan kewangan menyeluruh pelanggannya.

Bank Pertanian Malaysia Berhad 13

(2)

Sebagai tambahan kepada segala kuasa Bank sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuannya,

Bank boleh—

(a)

meminjam, mendapatkan atau mengambil wang, meminjamkan atau mendahulukan wang dengan atau tanpa cagaran bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau perniagaan berkaitan pertanian;

(b)

membeli, menjual, mendiskaunkan atau mendiskaunkan semula bil pertukaran tempatan dan surat janji hutang yang dikeluarkan atau diterbitkan bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau perniagaan berkaitan pertanian;

(c)

menerima, mendapat atau mengambil deposit dan menyediakan segala jenis akaun deposit termasuklah akaun simpanan, akaun deposit bertempoh dan apa-apa akaun lain yang seumpamanya;

(d)

membuat kunjungan tanpa diminta melalui unit bergeraknya untuk—

(i)

meminta atau memperoleh pembuatan deposit;

atau

(ii)

membuat atau menawarkan untuk membuat apa-apa perjanjian untuk tujuan menerima suatu deposit;

(f)

berkenaan dengan pengendalian pertanian dan pemasaran hasil pertanian, memberikan atau mengeluarkan surat kredit;

(g)

mengeluarkan dengan mendapat komisen, melanggan, menaja jamin, mengambil, memperoleh, memegang, menjual, menukar dan berniaga syer, saham, bon, dana, obligasi, sekuriti dan pelaburan daripada segala jenis;

(h)

menerima wang dan barang berharga sebagai deposit untuk simpanan selamat;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 684

(i)

bertindak sebagai ejen bagi Kerajaan, mana-mana Kerajaan

Negeri atau pihak berkuasa lain dan bagi badan awam atau badan persendirian atau orang persendirian;

(j)

memperoleh dan mengusahakan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan, harta dan liabiliti mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan apa-apa perniagaan yang

Bank dibenarkan menjalankannya, atau memiliki harta yang sesuai bagi maksud Bank;

(k)

menjalankan perniagaan sebagai penyelenggara gudang atau pengurus gudang dan menyewakan, membeli, membina atau selainnya memperoleh gudang bagi apa-apa maksud

Bank;

(l)

memperoleh, memperbaiki, menguruskan, menjayakan, membangunkan, menjalankan segala hak berkenaan dengan, memajakkan, menggadaijanjikan, menjual, melupuskan, membuat keuntungan daripada, dan selainnya membuat apa-apa urusan mengenai—

(i)

harta alih atau harta tak alih dengan tidak mengira hakmilik mengenainya; dan

(ii)

segala jenis hasil dan khususnya hasil pertanian;

(m)

membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan, mana-mana

Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan, atau selainnya yang kondusif dengan segala tujuan atau mana-mana daripada tujuan Bank, dan untuk mendapatkan daripada mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan oleh Bank patut didapatkan, dan untuk melaksanakan, menjalankan dan mematuhi apa-apa perkiraan, hak, keistimewaan dan konsesi itu;

(n)

membeli, menjual dan mendiskaun bil Perbendaharaan

Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang dibenarkan untuk mengeluarkan bil Perbendaharaan;

(o)

menyenggarakan akaun dengan bank lain di Malaysia;

Bank Pertanian Malaysia Berhad 15

(p)

bertindak sebagai wakil, atau ejen bagi mana-mana bank antarabangsa atau institusi kredit pertanian bersifat antarabangsa;

(q)

mengadakan semua jenis perkhidmatan pembayaran dan pungutan, termasuk perkhidmatan giro, mesin juruwang automatik, kad debit, kad kredit dan kad bayar dahulu;

(r)

dengan kelulusan Lembaga, menggunakan kumpulan wang

Bank bagi pelaburan;

(s)

mengadakan perkhidmatan kewangan yang berasaskan prinsip Islam;

(t)

membuka cawangan dan melantik ejen atau wakil di dalam atau di luar Malaysia;

(u)

membayar bunga atas deposit oleh pelanggan dan menentukan kadar bunga itu;

(v)

mengenakan bunga atas pinjaman dan pendahuluan yang dibuat kepada pelanggan dan menentukan kadar bunga itu;

(w)

mengenakan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya;

(y)

mengadakan jaminan bagi kemudahan pembiayaan pertanian;

(z)

mengadakan perkhidmatan nasihat kewangan dan perniagaan; dan

(aa) melakukan apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara.

(3)

Jika mana-mana aktiviti perniagaan yang dijalankan menurut kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (2) menghendaki kelulusan atau pelesenan oleh suatu pihak berkuasa, aktiviti itu boleh dijalankan tertakluk kepada kelulusan atau lesen yang diperoleh daripada pihak berkuasa itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 684

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah *Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];

“perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan arahan pembayaran kepada Bank bagi pembayaran kepada mana-mana pihak atau yang membenarkan Bank menerima pembayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak;

“kunjungan tanpa diminta” ertinya lawatan peribadi atau komunikasi lisan tanpa jemputan nyata.

Obligasi sosial

Bank hendaklah memenuhi apa-apa obligasi sosial sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bahagian V

Kuasa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan arahan

Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Lembaga berkenaan dengan dasar pertanian yang hendaklah diikuti oleh Bank dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan itu.

Penyata kewangan hendaklah dikemukakan kepada Menteri

Bank hendaklah, dalam masa sembilan puluh hari selepas berakhir setiap tahun kewangan, atau apa-apa tempoh lanjut yang dipersetujui oleh Menteri, mengemukakan kepada Menteri,

*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701]

yang m.b.p. 25 November 2009—lihat subseksyen 1(1) Akta 701 [P.U.

(B)

533/2009] kecuali perenggan 23(8)(b) dan seksyen 61 hingga 66.

Bank Pertanian Malaysia Berhad 17

berkenaan dengan keseluruhan pengendaliannya di dalam dan di luar Malaysia, suatu salinan setiap satu yang dicetak dan dalam bentuk rekod yang disimpan atau dirakamkan dengan cara elektronik dan pada bahan tara elektronik dokumen yang berikut dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Menteri:

(a)

akaun hasil yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;

(b)

akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;

(d)

laporan oleh Lembaga tentang pengendaliannya dalam tahun kewangan itu; dan

(e)

akuan berkanun oleh seorang daripada pengarah bukan eksekutifnya dan ketua pegawai eksekutifnya berkenaan dengan perkara dalam perenggan (a), (b) dan (d).

Perlindungan di bawah Akta Bil Pertukaran 1949

Pada melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, Bank hendaklah diberikan perlindungan seseorang jurubank di bawah

Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204].

Pemakaian *Akta Syarikat 1965

Bank hendaklah tertakluk kepada peruntukan *Akta Syarikat 1965 dan juga kepada peruntukan Akta ini, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan

*Akta Syarikat 1965 dengan Akta ini dalam pemakaian masing-masingnya bagi Bank, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang m.b.p. 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 684

Peraturan-peraturan

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini, bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), semua undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Bank Pertanian Malaysia dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh letak hak hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

(2)

Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu mengenai Bank Pertanian Malaysia, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Bank dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

(1)

Jika pada tarikh letak hak apa-apa prosiding tatatertib belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja Bank

Pertanian Malaysia yang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan Bank, prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Bank, dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja itu sebaik sebelum tarikh letak hak berhubung dengan prosiding itu hendaklah terpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawah seksyen ini.

Bank Pertanian Malaysia Berhad 19

(2)

Suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh suatu pihak berkuasa tatatertib Bank menurut seksyen ini hendaklah, berkenaan dengan pekerja sedemikian, mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Jawatankuasa Tatatertib atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Bank Pertanian Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

Mencegah kesulitan atau anomali

(1)

Menteri boleh, apabila difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali yang berbangkit daripada pembuatan

Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh letak hak.

(3)

Dalam seksyen ini, ‘ubah suaian’ termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 684

Akta 684

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Bank Pertanian Malaysia Berhad 21

Akta 684

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Common questions

What is Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008?
Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 is Malaysia Act, cited as Act 684 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.
Is Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 still in force?
Yes — Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 is currently in force.
When did Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 take effect?
Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 was first recorded in 2008.
How many sections does Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 have?
Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 contains 20 sections.
Where can I read the official version of Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008?
The official text of Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.