Skip to content

Seksyen 7

Pelantikan wakil Kerajaan dalam Lembaga

of Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008

ActIn forceProvision 7 of 20
Seksyen 7
(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, selagi Kerajaan memegang tidak kurang daripada lima peratus daripada keseluruhan sekuriti terbitan dalam Bank, selepas berunding dengan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani, menamakan apa-apa bilangan orang yang sesuai untuk menjadi pengarah dalam Lembaga.

(2)

Bank hendaklah menyebabkan tiap-tiap orang yang dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen (1) dilantik ke dalam Lembaga.

(3)

Mana-mana orang yang dilantik ke dalam Lembaga di bawah subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, diberhentikan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani, dengan memberi notis bertulis kepada orang itu dan Bank.

(4)

Bagi maksud menentukan bilangan orang yang hendak dilantik sebagai pengarah dalam Lembaga di bawah subseksyen (1),

Menteri hendaklah mengambil kira jumlah keseluruhan sekuriti yang dipegang oleh Kerajaan dan jumlah bilangan pengarah yang dilantik oleh Bank dalam Lembaga, pada masa penamaan itu.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh apa-apa kuasa, hak atau keistimewaan yang boleh diberikan kepada Kerajaan oleh dokumen penubuhan

Bank.