Amendment Act · As enacted
Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2024
Feedback & supportAmends the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bantuan Bersama dalam
Perkara Jenayah (Pindaan) 2024.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda—
dalam subseksyen 2(1)—
dengan menggantikan takrif “institusi kewangan”
dengan takrif yang berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA
JENAYAH (PINDAAN) 2024
Undang-Undang Malaysia 4
‘ “institusi kewangan” ertinya—
suatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan berlesen d i b a w a h A k t a P e r k h i d m a t a n
Kewangan 2013 [Akta 758];
suatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
suatu institusi yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
[Akta 618];
seorang pemegang lesen di bawah
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
[Akta 731];
seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
suatu depositori pusat di bawah Akta
Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
[Akta 453];
seorang pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; dan
seorang pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
[Akta 705];’;
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)
dengan memotong takrif “institusi kewangan luar pesisir”;
dengan menggantikan takrif “kesalahan berat”
dengan takrif yang berikut:
‘ “kesalahan berat” ertinya—
suatu kesalahan terhadap undang-undang
Malaysia yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; atau
apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a);’;
dalam takrif “kesalahan berat asing” dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) terhadap undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; dan”;
dalam takrif “pegawai diberi kuasa” dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“Badan Pencegah Rasuah” dengan perkataan
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia”;
Undang-Undang Malaysia 6
dengan memasukkan selepas takrif “perakuan kekebalan undang-undang asing” takrif yang berikut:
‘ “peralatan” ertinya—
apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing; atau
apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;’;
dalam takrif “perintah pelucuthakan” dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan
“atau peralatan”;
dalam takrif “perintah pelucuthakan asing”—
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) peralatan atau nilai peralatan itu;”; dan
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)
dengan memotong perkataan “yang dibuat pada atau selepas tarikh perintah di bawah subseksyen 17(1) yang mengisytiharkan sesuatu Negara asing sebagai Negara asing yang ditetapkan mula berkuat kuasa atau pada atau selepas tarikh arahan khas yang diberikan oleh Menteri berkenaan dengan suatu
Negara asing di bawah seksyen 18;”; dan
dalam takrif “perkara jenayah sampingan”, dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; dan
dalam subseksyen 2(3)—
dengan menggantikan perkataan “yang berupa prosiding jenayah” dengan perkataan
“di sesuatu Negara asing yang ditetapkan”;
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) dimulakan apabila apa-apa tindakan dibawa ke mahkamah terhadap seseorang berhubung dengan suatu kesalahan berat asing;”; dan
dalam subperenggan (b)(vi), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”.
s 3Pindaan seksyen 3
Perenggan 3(c) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 4Pindaan seksyen 7
Subseksyen 7(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “saluran diplomatik” perkataan “, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Negara asing itu”.
s 5Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “harta berkenaan berada” dengan perkataan “harta atau peralatan berkenaan berada”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “dalam prosiding jenayah yang telah atau akan dimulakan di Malaysia, untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta” dengan perkataan
“di Malaysia untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan”; dan
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “harta telah didapatkan” dengan perkataan “harta atau peralatan telah didapatkan”;
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”;
dan
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “harta itu didapatkan” dengan perkataan “harta atau peralatan itu didapatkan”.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)
s 6Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “saluran diplomatik” perkataan “, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada
Peguam Negara”; dan
dalam subseksyen (3)—
dengan memotong subperenggan (c)(i); dan
dalam subperenggan (c)(iii)—
dalam subsubperenggan (B), dengan menggantikan perkataan “harta yang disyaki” dengan perkataan “harta atau peralatan yang disyaki”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“perihalan mengenai harta” perkataan
“atau peralatan”.
s 7Pindaan seksyen 20
Perenggan 20(1)(h) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “tidak begitu penting kepada penyiasatan atau”.
s 8Pindaan seksyen 23
Subperenggan 23(4)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “berkemungkinan mempunyai nilai substansial, sama ada benda itu sendiri atau bersama dengan benda lain, kepada”
dengan perkataan “adalah berkenaan dengan”.
Undang-Undang Malaysia 10
s 9Pindaan seksyen 31
Subseksyen 31(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “harta yang” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“harta atau peralatan yang”.
s 10Pindaan seksyen 34
Subseksyen 34(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; dan
dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas subsubperenggan (i)(B) subsubperenggan yang berikut:
“(C) peralatan atau nilai peralatan itu; atau”.
s 11Pindaan seksyen 36
Subperenggan 36(2)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “berkemungkinan mempunyai nilai substansial, sama ada benda itu sendiri atau bersama dengan benda lain, kepada”
dengan perkataan “adalah berkenaan dengan”.
s 12Pindaan seksyen 38
Seksyen 38 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan “berkenaan dengan pegawai diberi kuasa yang melaksanakan” dengan perkataan “kerana mematuhi”.
s 13Seksyen baharu 41a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41
seksyen yang berikut:
“Pemakaian undang-undang bertulis lain 41a. (1) Dalam memberikan bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini, peruntukan undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan kuasa pegawai diberi kuasa hendaklah terpakai setakat peruntukan itu tidak bercanggah dengan Akta ini.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)
Bagi maksud subseksyen (1), perlindungan dan kekebalan yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa itu dalam melaksanakan kuasa di bawah undang-undang bertulis lain itu hendaklah terpakai bagi pegawai diberi kuasa itu.”.