5. Pindaan seksyen 13
Feedback & supportSeksyen 13 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “harta berkenaan berada” dengan perkataan “harta atau peralatan berkenaan berada”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “dalam prosiding jenayah yang telah atau akan dimulakan di Malaysia, untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta” dengan perkataan
“di Malaysia untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan”; dan
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “harta telah didapatkan” dengan perkataan “harta atau peralatan telah didapatkan”;
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”;
dan
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “harta itu didapatkan” dengan perkataan “harta atau peralatan itu didapatkan”.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan)