Midwives Act 1966 · Updated to 15 Oct 2024 · Bahagian IV · Pendaftaran Bidan
10. Daftar
Feedback & supportPendaftar hendaklah menyenggara suatu Daftar yang mengandungi nama, alamat dan kelayakan orang yang layak untuk menjalankan amalan sebagai bidan, dan apa-apa butir-butir lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Daftar hendaklah mengandungi empat bahagian, iaitu:
Bahagian I, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana jururawat yang memiliki kelayakan yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1);
Bahagian II, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana orang yang memiliki kelayakan yang disebut dalam subseksyen 11(2);
Bahagian III, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana orang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(3); dan
Bahagian IV, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana orang yang memiliki kelayakan yang dinyatakan dalam subseksyen 11(4).
Pendaftar hendaklah selepas memasukkan nama mana-mana orang dalam Daftar mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan pendaftaran; dan perakuan itu hendaklah menyatakan dalam bahagian mana Daftar itu orang itu telah didaftarkan.
Bidan 15
Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar yang menyatakan bahawa seseorang didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini, dan jika didaftarkan, dalam bahagian yang mana
Daftar orang itu telah didaftarkan sedemikian, hendaklah menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya; dan bagi maksud itu mana-mana perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar yang disebut terdahulu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah ditandatangani oleh Pendaftar itu.