Midwives Act 1966 · Updated to 15 Oct 2024 · Bahagian IV · Pendaftaran Bidan
11. Kelayakan bagi pendaftaran
Feedback & supportOrang yang berikut layak untuk menjalankan amalan sebagai bidan di bawah Bahagian I Daftar, iaitu:
mana-mana jururawat yang telah dilatih dalam
Negeri-Negeri Tanah Melayu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang—
memiliki suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan bidan, yang menyatakan bahawa jururawat itu layak di bawah undang-undang tersebut untuk menjalankan amalan perbidanan dan terus berkelayakan sedemikian sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
memiliki pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini suatu diploma yang memperakui bahawa jururawat itu telah menjalani suatu kursus latihan dan telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan; atau
adalah layak untuk menjalankan amalan perbidanan oleh sebab jururawat itu berhak kepada perakuan atau diploma yang disebut terdahulu;
mana-mana jururawat atau orang yang telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 436
peperiksaan yang melayakkan mana-mana calon peperiksaan yang berjaya untuk didaftarkan di bawah