Skip to content

Seksyen 19

Kuasa dan tugas Ketua Pengarah

of Akta Bidan 1966

ActIn forceProvision 25 of 29
Seksyen 19
(1)

Ketua Pengarah hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas semua bidan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang yang difikirkannya patut.

(3)

Ketua Pengarah boleh menggantung sementara mana-mana bidan daripada menjalankan amalan perbidanan jika dia berpendapat bahawa penggantungan itu adalah perlu untuk mencegah penyebaran jangkitan.