Skip to content

Seksyen 19A

Pelantikan dan kuasa pegawai diberi kuasa

of Akta Bidan 1966

ActIn forceProvision 26 of 29
Seksyen 19A

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

(a)

untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b)

untuk menyiasat pertuduhan amalan salah, kecuaian atau salah laku pada pihak mana-mana bidan yang menjalankan amalan di mana-mana kawasan dan mengemukakan suatu laporan bertulis mengenai penyiasatan itu kepada

Lembaga;

Bidan 23

(c)

untuk masuk, menggeledah dan memeriksa mana-mana premis yang di dalamnya pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah atau sedang dilakukan dan untuk memeriksa, memindahkan dan menahan apa-apa benda, buku, dokumen, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa barang lain yang dijumpai di dalamnya yang pada pendapat pegawai itu dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

(3)

Subsection