Seksyen 31
ActIn forceProvision 31 of 83
Seksyen 31
(1)
Tertakluk kepada seksyen-kecil (2), sesuatu cap dagangan tidak boleh didaftarkan selepas dua belas bulan dari tarikh diiklankan penyetujuterimaan permohonan untuk pendaftaran cap dagangan itu.
(2)
Jika pendaftaran sesuatu cap dagangan adalah terlambat oleh sebab—
(a)
bangkangan terhadap pendaftaran cap dagangan itu; atau
(b)
sesuatu rayuan dibuat kepada Mahkamah; atau maka cap dagangan itu bolehlah didaftarkan dalam apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan.
(3)
Jika sesuatu cap dagangan tidak didaftarkan dalam tempoh yang berkenaan dengannya, permohonan itu hendaklah luput masanya.