Skip to content

Seksyen 32

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 32 of 83

Seksyen 32

(1)

Pendaftaran sesuatu cap dagangan ialah selama tempoh tujuh tahun tetapi boleh dibaharui dari semasa ke semasa mengikut Akta ini.

(2)

Jika sesuatu cap dagangan didaftarkan di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan dan cap dagangan itu dimasukkan dalam dan menjadi sebahagian dari Daftar di bawah Akta ini maka pendaftaran cap dagangan itu, melainkan jika dibaharui di bawah Akta ini, ialah selama baki tempoh cap dagangan itu telah didaftarkan atau dibaharui di bawah Ordinan-ordinan yang dimansuhkan.

(3)

Pendaftaran sesuatu cap dagangan boleh dibaharui dari semasa ke semasa mengikut Bahagian VII.