Seksyen 73
Seksyen 73
Kuasa untuk memberi pendapat kepada seseorang yang bercadang memohon untuk mendaftarkan suatu cap dagangan dalam Bahagian A atau Bahagian B dalam Daftar tentang samada cap dagangan itu didapati oleh Pendaftar prima facie sebagai/disesuaikan pada asasnya untuk berbeza, atau boleh berbeza, mengikut mana yang berkenaan, adalah suatu tugas Pendaftar di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang yang ingin memperolehi pendapat itu hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
(3)
Jika sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu cap dagangan dibuat dalam masa tiga bulan selepas Pendaftar memberi pendapat bahawa permohonan itu boleh diluluskan dan Pendaftar, selepas penyiasatan atau pertimbangan selanjutnya, memberi notis kepada pemohon tentang bantahan atas alasan bahawa cap dagangan itu tidak disesuaikan untuk berbeza, atau tidak boleh berbeza, mengikut mana yang berkenaan, maka pemohon itu adalah berhak, selepas memberi notis menarikbalik permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan, mendapatkan balik apa-apa bayaran yang telah dibayar apabila memfail permohonan itu.