Skip to content

Seksyen 74

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 74 of 83

Seksyen 74

(1)

Pendaftar boleh, atas apa-apa syarat mengenai kos sebagaimana yang difikirkannya patut samada bagi maksud membentulkan sesuatu kesilapan dari segi tulisan atau sesuatu kesilapan yang nyata, membenar dibetulkan sesuatu permohonan pendaftaran cap dagangan atau notis bangkangan atau lain-lain dokumen yang dikemukakan di sesuatu pejabat cap dagangan.

(2)

Sesuatu pindaan bagi sesuatu permohonan tidak boleh dibenarkan di bawah seksyen ini jika pindaan itu akan menyentuh pada matannya identiti cap dagangan itu sebagaimana yang ditentukan dalam permohonan itu sebelum pindaan.

(3)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen-kecil

(1)

adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.