Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian IV · Pembayaran dan Mendapatkan Cukai
14. Section 14
Feedback & supportCukai yang genap masanya dan kena dibayar boleh didapatkan oleh Kerajaan melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang genap masanya dibayar kepada Kerajaan.
Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, mahkamah tidak boleh melayani apa-apa hujah bahawa amaun cukai yang hendak didapatkan itu adalah berlebihan, ditaksir dengan tidak betul, dalam rayuan atau dinaikkan dengan tidak betul di bawah subseksyen 11(3),
atau (5).
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 445
Ketua Pengarah dan semua pegawai diberi kuasa hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah subseksyen 25(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359], berkenaan dengan semua prosiding di bawah seksyen ini.
Seorang “pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai rasmi yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud seksyen ini.