Skip to content
ActIn force

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1990
Last amended
2024
Sections
64
Languages
MS · EN

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 is Malaysia Act, cited as Act 445 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 445

AKTA CUKAI AKTIVITI

PERNIAGAAN LABUAN 1990

Sebagaimana pada 1 Januari 2026

Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1)

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH.

2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … ...

22 Ogos 1990

Tarikh penyiaran dalam

Warta

… … … ...

30 Ogos 1990

Kali terakhir dipinda melalui Akta 875 yang mula berkuat kuasa pada

… … … ...

Lihat seksyen 31

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

… … … … …

2009

3

Akta 445

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengenaan, pentaksiran dan pemungutan cukai ke atas aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh suatu entiti Labuan di atau dari Labuan dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1 Oktober 1990, P.U. (B) 589/1990] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan 1990 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2)

Akta ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1991 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

“aktiviti bukan perdagangan Labuan” ertinya suatu aktiviti yang berhubungan dengan pemegangan pelaburan dalam sekuriti, saham, syer, pinjaman, deposit atau apa-apa harta lain yang terletak di Labuan oleh suatu entiti Labuan bagi pihaknya sendiri;

“aktiviti perdagangan Labuan” termasuklah perbankan, insurans, perdagangan, pengurusan, pelesenan, atau apa-apa aktiviti lain yang bukan suatu aktiviti bukan perdagangan Labuan;

“aktiviti perniagaan Labuan” ertinya suatu aktiviti perdagangan

Labuan atau aktiviti bukan perdagangan Labuan yang dijalankan di, dari atau melalui Labuan, tidak termasuk apa-apa aktiviti yang merupakan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“invois elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Cukai Pendapatan 1967;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri yang disebut dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah suatu perbadanan, perkongsian, kumpulan orang dan perbadanan tunggal;

“pegawai rasmi” ertinya seseorang yang mempunyai tugas rasmi di bawah, atau diambil kerja untuk melaksanakan, peruntukan

Akta Cukai Pendapatan 1967;

“Pesuruhjaya Khas” ertinya Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan yang dilantik di bawah seksyen 98 Akta Cukai Pendapatan 1967;

“syarikat

Labuan”

ertinya suatu syarikat

Labuan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, dan termasuk suatu syarikat Labuan asing yang berdaftar di bawah Akta itu;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 9

“tahun taksiran” ertinya tahun kalendar;

“taksiran” bermaksud apa-apa taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;

“tempoh asas”, berhubungan dengan suatu tahun taksiran, ertinya tempoh atau tempoh-tempoh perakaunan yang berakhir dalam tahun kalendar berbetulan dengan tahun taksiran itu.

(2)

Jika suatu entiti Labuan menjalankan kedua-dua aktiviti perdagangan Labuan dan aktiviti bukan perdagangan Labuan, entiti itu hendaklah disifatkan sebagai menjalankan suatu aktiviti perdagangan

Labuan.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 terpakai berkenaan dengan—

(a)

suatu aktiviti selain aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh suatu entiti Labuan; dan

(d)

suatu aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh suatu entiti Labuan yang membuat suatu pemilihan di bawah seksyen 3A.

Penetapan aktiviti perniagaan Labuan

(1)

Menteri boleh, dengan syor Ketua Pengarah, secara bertulis, menetapkan apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana entiti

Labuan sebagai suatu aktiviti perniagaan Labuan.

(2)

(Dipotong oleh Akta 812).

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Entiti Labuan

(1)

Entiti Labuan—

(b)

hendaklah, bagi maksud aktiviti perniagaan Labuan—

(i)

berhubung dengan suatu aktiviti perdagangan

Labuan—

(A)

mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Labuan;

(B)

mempunyai amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Labuan; dan

(C)

mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

dan

(ii)

berhubung dengan suatu aktiviti bukan perdagangan

Labuan—

(A)

mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Labuan;

(B)

mempunyai amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Labuan;

(C)

mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan kawalan dan pengurusan di Labuan; dan

(D)

mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa,

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 11

sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(1A)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah dikenakan cukai mengikut kadar dua puluh empat peratus ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu.

(1B)

Bagi maksud subseksyen (1A), keuntungan yang boleh dikenakan cukai hendaklah keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan sedemikian bagi entiti Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(1C)

Keuntungan bersih yang disebut dalam subseksyen (1B) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu.

(1D)

Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (1C) adalah tertakluk pada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

(1E)

Dalam seksyen ini, “hak harta intelek” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 4(5).

(2)

Menteri boleh, dengan syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual termasuk bagi maksud mengisytiharkan mana-mana orang lain sebagai suatu entiti Labuan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Bahagian II

KEBOLEHKENAAN CUKAI

Skop Pengenaan

Aktiviti perniagaan Labuan boleh dikenakan cukai

(1)

Tertakluk pada Akta ini, suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan hendaklah dikenakan cukai mengikut Akta ini bagi setiap tahun taksiran berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini dan bagi maksud pengenaan Cukai Tokokan Domestik atau Cukai Tokokan

Multinasional dan pelaksanaan Kaedah GloBE, Bahagian XI

Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah juga terpakai bagi entiti

Labuan yang ialah Entiti Konstituen yang merupakan anggota

Kumpulan Perusahaan Multinasional yang mempunyai hasil tahunan sebanyak tujuh ratus lima puluh juta euro atau lebih dalam Penyata

Kewangan Disatukan Entiti Induk Utama dalam sekurang-kurangnya dua daripada empat Tahun Kewangan berturut-turut sebaik sebelum

Tahun Kewangan yang diuji.

(3)

Jika satu atau lebih Tahun Kewangan Kumpulan Perusahaan

Multinasional yang diambil kira bagi maksud subseksyen (2) adalah bagi satu tempoh selain dua belas bulan, bagi setiap Tahun Kewangan itu hasil tahunan sebanyak tujuh ratus lima puluh juta euro hendaklah dilaraskan mengikut kadar yang bersamaan dengan tempoh Tahun

Kewangan yang berkenaan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), “Entiti Induk Utama”,

“Entiti Konstituen”, “Kaedah GloBE”, “Kumpulan Perusahaan

Multinasional”, “Penyata Kewangan Disatukan” dan “Tahun

Kewangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Bahagian XI

Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 13

Aktiviti perniagaan Labuan yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atas pemilihan

(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, suatu entiti

Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan boleh membuat suatu pemilihan yang tidak boleh dibatalkan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bahawa apa-apa keuntungan entiti Labuan itu bagi mana-mana tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran dan tempoh asas yang berikutnya dikenakan cukai mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan itu.

(2)

Pemilihan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah selepas permulaan tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran:

Dengan syarat bahawa bagi tempoh asas yang berakhir pada sesuatu hari dalam tahun taksiran 2008, pemilihan di bawah seksyen ini boleh dibuat dan dikemukakan sebelum 1 Ogos 2008.

Pemastautin

Bagi maksud perkiraan percukaian dua kali yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967—

(a)

suatu entiti Labuan yang menjalankan perniagaan atau perniagaan-perniagaan adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa dalam tempoh asas itu pengurusan dan kawalan perniagaannya atau mana-mana satu perniagaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dijalankan di Malaysia; dan

(b)

mana-mana entiti Labuan yang lain adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa semasa tempoh asas itu pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia oleh

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

pengarahnya, pekongsinya, pemegang amanahnya atau pihak berkuasa pengawal lain.

Cukai Berasaskan Penyata

Aktiviti perdagangan Labuan

(1)

Cukai atas kadar tiga peratus hendaklah dikenakan bagi suatu tahun taksiran ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan

Labuan yang adalah aktiviti perdagangan Labuan untuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Tertakluk pada Akta ini, keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang adalah aktiviti perdagangan Labuan bagi suatu tahun taksiran ialah keuntungan bersih seperti yang ditunjukkan di dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perdagangan

Labuan sedemikian bagi entiti Labuan itu untuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, keuntungan bersih yang disebut dalam subseksyen (2) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu.

(4)

Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (3) adalah tertakluk pada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 15

Pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang dikenakan cukai

(1)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang subseksyen 2B(1A) atau seksyen 4 terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua

Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Borang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21C.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

menyatakan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Taksiran dan taksiran tambahan

(1)

Jika suatu entiti Labuan telah mengemukakan suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran mengikut seksyen 5, Ketua

Pengarah hendaklah disifatkan telah membuat, pada hari penyata keuntungan itu dikemukakan, suatu taksiran berkenaan dengan entiti

Labuan itu dalam amaun cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai, cukai itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai adalah amaun masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata keuntungan.

(1A)

Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan telah membuat suatu taksiran di bawah subseksyen (1)—

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(a)

penyata keuntungan yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran; dan

(b)

notis taksiran itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada entiti Labuan pada hari Ketua Pengarah disifatkan telah membuat taksiran itu.

(2)

Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran mendapati tiada atau tiada suatu taksiran yang mencukupi telah dibuat ke atas seseorang yang boleh dikenakan cukai, boleh dalam tahun itu atau dalam tempoh lima tahun selepas tamat tempohnya membuat taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan orang itu dalam amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai atau dalam amaun cukai tambahan, yang mengikut pertimbangan terbaik Ketua Pengarah, taksiran berkenaan dengan orang itu yang sepatutnya dibuat bagi tahun itu.

(3)

Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran mendapati tiada atau tiada suatu taksiran yang mencukupi telah dibuat ke atas seseorang yang boleh dikenakan cukai berbangkit daripada keputusan

Ketua Pengarah menurut subseksyen 17D(3), boleh dalam tahun itu atau dalam tempoh tujuh tahun selepas tamat tempohnya membuat suatu taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan orang itu dalam amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai atau dalam amaun cukai tambahan, yang mengikut pertimbangan terbaik

Ketua Pengarah, taksiran berkenaan dengan orang itu yang sepatutnya dibuat bagi tahun itu.

(4)

Ketua Pengarah apabila mendapati bahawa—

(a)

apa-apa jenis fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang; atau

(b)

mana-mana orang telah cuai, berkaitan dengan atau berhubung dengan cukai, boleh pada bila-bila masa membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu bagi mana-mana tahun taksiran untuk tujuan membetulkan apa-apa

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 17

kerugian cukai yang disumbangkan oleh fraud, keingkaran sengaja atau kecuaian itu.

Borang dan membuat taksiran

(1)

Suatu taksiran yang dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3)

atau (4) hendaklah—

(a)

dibuat dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah;

(b)

menunjukkan, tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk di dalamnya, tahun taksiran yang berkenaan dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan atau amaun cukai atau cukai tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan

(c)

menyatakan dalam ruangan yang berkenaan dalam borang itu tarikh borang itu telah dilengkapkan.

(2)

Jika borang di bawah subseksyen (1) didapati telah dilengkapkan dengan sewajarnya, taksiran itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan.

Notis taksiran

(1)

Dengan secepat yang boleh selepas suatu taksiran dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3) atau (4), Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu notis taksiran disampaikan, secara ke diri atau melalui pos biasa atau berdaftar ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya taksiran itu dibuat.

(2)

Jika cukai yang dikenakan di bawah suatu taksiran dinaikkan atas rayuan kepada Pesuruhjaya Khas atau suatu mahkamah, maka,

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

secepat yang boleh selepas rayuan diputuskan hendaklah disampaikan, secara ke diri atau melalui pos biasa atau berdaftar ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya suatu taksiran dibuat suatu notis taksiran tambahan.

(3)

Notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) atau (2)

hendaklah menunjukkan, sebagai tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk dalamnya—

(a)

dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1), tahun taksiran dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan ke atasnya, atau amaun cukai atau cukai tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (2), tahun taksiran dan amaun kenaikan dalam cukai yang dikenakan; dan

(i)

tempat pembayaran perlu dibuat;

(ii)

kenaikan bagi pembayaran lewat yang dikenakan oleh subseksyen 11(4) atau (5); dan

(iii)

apa-apa hak untuk merayu yang wujud di bawah Akta ini.

Taksiran muktamad

(1)

Taksiran yang dibuat, dipersetujui atau diputuskan, hendaklah muktamad dan konklusif bagi maksud Akta ini, jika—

(a)

tiada notis rayuan secara sah terhadap taksiran telah diberikan di bawah seksyen 99 Akta Cukai Pendapatan 1967

dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 19

(b)

suatu persetujuan telah tercapai mengenai suatu taksiran menurut subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967; atau

(c)

suatu taksiran telah diputuskan atas rayuan dan tiada hak untuk rayuan lanjut.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan pelaksanaan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh seksyen 6.

Hak untuk merayu

(1)

Seseorang yang terkilan dengan suatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat ke atasnya boleh merayu kepada

Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran atau taksiran tambahan itu mengikut cara yang sama sebagaimana suatu rayuan terhadap suatu taksiran cukai pendapatan dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan seksyen 99, 100, 101 dan 102 Akta Cukai Pendapatan 1967, setakat yang ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi suatu rayuan terhadap suatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini seolah-olah—

(a)

tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai ialah sebutan mengenai cukai aktiviti perniagaan Labuan; dan

(b)

tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan ialah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

(2)

Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung dengan tatacara pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan tatacara pendengaran rayuan lanjutan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Ketiadaan tempoh asas

Jika suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan tidak mempunyai tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, Ketua Pengarah boleh mengarahkan tempoh asas bagi tahun taksiran itu dan tahun-tahun taksiran berikutnya adalah termasuk suatu tempoh atau tempoh-tempoh (yang boleh menjadi apa-apa tempoh)

sebagaimana dinyatakan dalam arahan itu.

Rebat cukai

(1)

Suatu rebat hendaklah diberikan kepada entiti Labuan atas cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 2B(1A) atau seksyen 4 bagi setiap tahun taksiran untuk apa-apa zakat yang dibayar dalam tempoh asas tahun taksiran itu kepada, dan dibuktikan dengan suatu resit yang dikeluarkan oleh, pihak berkuasa agama Islam Labuan.

(2)

Jika jumlah amaun rebat di bawah subseksyen (1) melebihi cukai yang dikenakan (sebelum apa-apa rebat) bagi mana-mana tahun taksiran, lebihan itu tidak boleh dibayar kepada entiti Labuan itu atau digunakan sebagai kredit untuk menolak tanggungan cukainya bagi tahun taksiran itu atau mana-mana tahun yang berikutnya.

Bahagian III

KETIDAKBOLEHKENAAN CUKAI

Aktiviti bukan perdagangan Labuan

(1)

Walau apa pun subseksyen 3(1), keuntungan suatu entiti

Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang adalah aktiviti bukan perdagangan Labuan bagi tempoh asas bagi suatu

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 21

tahun taksiran tidak boleh dikenakan cukai di bawah Akta ini bagi tahun taksiran itu.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, keuntungan suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang aktiviti bukan perdagangan Labuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika pendapatan itu boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan komersial hak itu.

(3)

Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (2) adalah tertakluk pada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

(4)

Dalam seksyen ini, “hak harta intelek” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 4(5).

Pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang tidak dikenakan cukai

(1)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang merupakan aktiviti bukan perdagangan

Labuan yang subseksyen 9(1) terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Borang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21C.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(a)

menyatakan keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti bukan perdagangan Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Bahagian IV

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), cukai yang kena dibayar di bawah suatu taksiran bagi suatu tahun taksiran hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh genap masa sama ada orang itu merayu terhadap taksiran itu atau tidak.

(2)

Jika suatu taksiran dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3) atau

(4)

, atau jika suatu taksiran dinaikkan di bawah subseksyen 101(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai yang kena dibayar di bawah taksiran atau taksiran tambahan hendaklah, atas penyampaian notis taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas orang yang ditaksir di tempat yang dinyatakan dalam notis itu sama ada orang itu merayu ke atas taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) tidak dibayar pada tarikh genap masa, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tarikh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 23

didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian notis itu, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tempoh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

(5)

Jika apa-apa cukai yang kena dibayar mengikut subseksyen (1)

atau (2), Ketua Pengarah boleh membenarkan cukai itu dibayar secara ansuran sebanyak apa-apa amaun dan pada tarikh sedemikian sebagaimana yang ditentukan olehnya dan sekiranya berlaku keingkaran dalam pembayaran mana-mana satu ansuran pada tarikh yang ditetapkan untuk pembayaran, baki cukai yang belum dijelaskan menjadi tertunggak hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada baki cukai itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

(6)

Walau apa pun subseksyen di atas, Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya kerana apa-apa sebab yang baik yang diberikan meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada jumlah kenaikan di bawah subseksyen (3), (4) atau (5) dan, jika jumlah yang diremitkan telah dibayar, Ketua Pengarah hendaklah membayar balik amaun itu.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “tarikh genap masa” ertinya hari terakhir bulan ketujuh dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Pembayaran perbezaan dan pembayaran balik

(1)

Jika terdapat perbezaan di antara amaun yang telah dibayar di bawah seksyen 11 dan amaun yang ditaksirkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 6, entiti Labuan hendaklah membayar perbezaan itu atau Ketua Pengarah hendaklah membayar balik lebihan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Apa-apa jumlah lebihan berkenaan dengan cukai yang kena dibayar bagi suatu tahun taksiran yang kena dibayar balik kepada entiti

Labuan di bawah subseksyen (1) boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi bayaran—

(a)

apa-apa amaun cukai lain yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar) oleh entiti Labuan itu di bawah Akta ini,

Akta

Cukai

Pendapatan 1967,

Akta

Petroleum

(Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543] atau Akta Cukai

Keuntungan Harta Tanah 1976 [Akta 169]; atau

(b)

apa-apa amaun duti lain yang genap masa dan kena dibayar oleh entiti Labuan itu di bawah Akta Setem 1949

[Akta 378].

(3)

Jika amaun lebihan berkenaan dengan suatu entiti Labuan ditentukan mengikut subseksyen 80C(1) Akta Setem 1949, subseksyen 111(4A) Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 50(4)

Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 atau subseksyen 24(7A)

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, lebihan itu hendaklah digunakan bagi pembayaran cukai yang genap masa dan kena dibayar

(termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar)

oleh entiti Labuan itu di bawah Akta ini.

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai

(1)

Maka hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai yang ditubuhkan di bawah seksyen 111B Akta Cukai Pendapatan 1967 apa-apa amaun

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 25

cukai yang dipungut di bawah Akta ini sebagaimana yang diberi kuasa oleh Menteri.

(2)

Wang daripada Kumpulan Wang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dipakai bagi membuat sesuatu pembayaran balik di bawah seksyen 12.

(3)

Seksyen 14A Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] tidak terpakai bagi mana-mana pembayaran balik yang dibuat di bawah seksyen 12.

(Dipotong oleh Akta A1741).

Cukai kena dibayar walaupun prosiding telah dimulakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain

Memulakan apa-apa prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain terhadap Kerajaan atau Ketua Pengarah tidak melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar apa-apa cukai, hutang atau jumlah lain di bawah Bahagian ini.

Mendapatkan cukai melalui guaman

(1)

Cukai yang genap masanya dan kena dibayar boleh didapatkan oleh Kerajaan melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang genap masanya dibayar kepada Kerajaan.

(1A)

Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, mahkamah tidak boleh melayani apa-apa hujah bahawa amaun cukai yang hendak didapatkan itu adalah berlebihan, ditaksir dengan tidak betul, dalam rayuan atau dinaikkan dengan tidak betul di bawah subseksyen 11(3),

(2)

Ketua Pengarah dan semua pegawai diberi kuasa hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah subseksyen 25(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359], berkenaan dengan semua prosiding di bawah seksyen ini.

(3)

Seorang “pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai rasmi yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud seksyen ini.

Bahagian V

TANGGUNGJAWAB BAGI PEMATUHAN

Orang yang boleh dikenakan cukai

Suatu entiti Labuan adalah orang yang boleh ditaksirkan dan boleh dikenakan cukai yang dikenakan di bawah Akta ini.

Pegawai yang bertanggungjawab bagi pematuhan

Tanggungjawab bagi melakukan segala tindakan dan perkara yang dikehendaki dilakukan oleh atau bagi pihak suatu entiti Labuan bagi maksud Akta ini adalah terletak bersesama dan berasingan pada—

(b)

pengarah pemastautin sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990;

(d)

dalam hal suatu amanah, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah;

(e)

mana-mana orang (walau bagaimanapun digelar) yang melaksanakan fungsi mana-mana orang yang disebut dalam perenggan di atas;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 27

(f)

dalam hal suatu syarikat di bawah likuidasi atau penerimaan, pelikuidasi atau penerima, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(g)

dalam hal suatu perkongsian, pekongsi atau pekongsi-pekongsi;

(h)

dalam hal suatu perkongsian terhad Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti

Terhad Labuan 2010 [Akta 707] atau suatu perkongsian terhad Islam Labuan yang ditubuhkan di bawah Bahagian X

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705], pekongsi atau pekongsi-pekongsi umum;

(i)

dalam hal suatu perkongsian liabiliti terhad yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti

Terhad Labuan 2010 atau suatu perkongsian liabiliti terhad Islam yang ditubuhkan di bawah Bahagian X

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, pekongsi atau pekongsi-pekongsi yang ditentukan; dan

(j)

dalam hal suatu yayasan

Labuan, pegawai atau pegawai-pegawainya.

Tanggungan pengarah

(1)

Walau apa pun yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika mana-mana cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta ini oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang merupakan pengarah pemastautin syarikat itu semasa tempoh yang cukai itu bertanggungan untuk dibayar oleh syarikat itu, hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai yang genap masanya dan kena dibayar itu dan boleh didapatkan di bawah seksyen 14 daripada orang itu.

(2)

Dalam seksyen ini, “pengarah” ertinya mana-mana orang yang—

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(a)

memegang jawatan pengarah, dengan apa-apa nama yang disebut, termasuklah mana-mana orang yang berkaitan dalam pengurusan perniagaan syarikat itu; dan

(b)

merupakan, sama ada dengan sendirinya atau dengan seorang atau lebih sekutu, tuan punya bagi, atau mampu secara langsung atau melalui perantaraan syarikat lain atau dengan cara tidak langsung lain untuk mengawal, tidak kurang daripada dua puluh peratus modal syer biasa bagi syarikat itu.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(b), “sekutu” ertinya, berhubung dengan seseorang—

(a)

dalam mana-mana hubungan yang berikut dengan orang itu, iaitu suami atau isteri, ibu bapa atau leluhur jauh, anak atau zuriat jauh, adik-beradik lelaki, adik-beradik perempuan dan pasangan;

(b)

pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah bagi suatu penyelesaian yang berhubungan dengan orang itu ialah, atau mana-mana saudara seumpamanya, hidup atau mati, seperti yang disebut dalam perenggan (a) takrif ini telah atau merupakan, seorang penyelesai;

(c)

jika orang itu berkepentingan dalam mana-mana syer atau obligasi bagi suatu syarikat yang tertakluk pada mana-mana amanah atau bahagian harta pusaka si mati, mana-mana orang berkepentingan yang lain di dalamnya.

Bahagian VI

Ketua Pengarah adalah berkuasa menjaga dan menguruskan cukai.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 29

Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan garis panduan

(1)

Ketua Pengarah boleh, secara amnya berkenaan Akta ini atau berkenaan mana-mana peruntukan tertentu

Akta ini, mengeluarkan garis panduan yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Ketua Pengarah untuk menjelaskan peruntukan Akta ini atau untuk memudahkan pematuhan undang-undang atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh membatalkan, mengkaji semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Arahan pendahuluan

(1)

Tertakluk pada seksyen ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang, Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu arahan pendahuluan tentang pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi orang itu dan bagi perkiraan yang baginya arahan itu diminta.

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang akan disediakan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana arahan pendahuluan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dengan memberikan suatu notis bertulis tentang penarikan balik itu kepada orang yang baginya arahan itu terpakai.

(4)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, jika suatu arahan pendahuluan itu terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu perkiraan dan orang itu memakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam arahan itu, Ketua Pengarah hendaklah memakai peruntukan berhubung dengan orang dan perkiraan itu mengikut arahan itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(5)

Sesuatu arahan pendahuluan tentang mana-mana peruntukan

Akta ini hendaklah terpakai bagi seseorang berhubung dengan suatu perkiraan jika peruntukan itu disebut dengan nyata dalam arahan itu dan bagi tempoh asas bagi tahun taksiran yang baginya arahan itu terpakai.

(6)

Sesuatu arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang berhubung dengan sesuatu perkiraan jika—

(a)

perkiraan itu berbeza secara material daripada perkiraan yang dinyatakan dalam arahan itu;

(b)

terdapat peninggalan atau salah nyata material dalam, atau berkaitan dengan pemakaian arahan itu;

(c)

Ketua Pengarah membuat suatu andaian tentang suatu peristiwa akan datang atau perkara lain yang material kepada arahan itu, dan andaian itu kemudiannya terbukti silap; atau

(d)

orang itu tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi tertentu

(1)

Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain atau bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah transaksi itu dan membuat pelarasan yang difikirkannya patut, termasuk pengiraan atau pengiraan semula keuntungan yang boleh dikenakan cukai, atau pengenaan liabiliti kepada cukai, atau membuat taksiran atau taksiran tambahan berkenaan dengan mana-mana orang setakat yang perlu berbangkit daripada penjalanan kuasanya, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung transaksi itu, jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana transaksi mempunyai kesan langsung atau tidak langsung bagi—

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 31

(a)

mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya telah kena dibayar oleh mana-mana orang atau ditanggung oleh mana-mana orang;

(b)

melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang akan selainnya timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata;

(c)

melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang akan selainnya telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau

(d)

menghalang atau mencegah pelaksanaan Akta ini dalam apa-apa jua cara.

(2)

Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini,

Ketua Pengarah boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang untuk membayar kepadanya dalam masa yang dinyatakan dalam notis amaun cukai yang akan ditolak oleh orang itu di bawah Akta ini berbangkit daripada penjalanan kuasa Ketua Pengarah itu.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1) dan (2), kuasa Ketua Pengarah yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah diperluaskan—

(a)

kepada pengenaan cukai ke atas mana-mana orang yang jika tidak kerana apa-apa pelarasan yang dibuat menurut seksyen ini tidak akan dikenakan cukai atau tidak akan dikenakan cukai setakat yang sama; dan

(b)

kepada pengenaan jumlah cukai yang lebih besar daripada yang boleh dikenakan jika tidak kerana apa-apa pelarasan.

(4)

Jika berbangkit daripada apa-apa pelarasan yang dibuat di bawah seksyen ini suatu taksiran dibuat, hak untuk pembayaran balik ditolak atau penyata cukai pembayaran balik dikehendaki, butir-butir pelarasan hendaklah diberikan dengan notis taksiran, dengan notis penolakan pembayaran balik atau dengan notis

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

menghendaki penyata pembayaran balik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Transaksi—

(a)

antara orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau

(b)

antara orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, hendaklah disifatkan sebagai transaksi daripada jenis yang subseksyen (1) terpakai jika pada pendapat Ketua Pengarah transaksi itu tidak dibuat berdasarkan terma yang dijangkakan dibuat secara adil oleh orang bebas yang terlibat dalam aktiviti yang sama atau serupa berurusan antara satu sama lain yang bebas daripada pengaruh.

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas yang lain dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 139 Akta Cukai Pendapatan 1967 setakat mana seksyen itu terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu; dan

(b)

“transaksi” ertinya apa-apa amanah, pemberian, waad, perjanjian, perkiraan atau pelupusan lain atau transaksi yang dibuat atau dibuat secara lisan atau bertulis, sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, dan termasuklah suatu transaksi yang dibuat oleh dua orang atau lebih dengan seorang atau beberapa orang lain.

Kuasa untuk menggantikan harga transaksi tertentu

(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun seksyen 17C dan tertakluk pada apa-apa peraturan yang ditetapkan di bawah Akta ini.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 33

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), jika seseorang dalam tahun asas bagi suatu tahun taksiran membuat suatu transaksi dengan orang berkaitan bagi tahun itu untuk pemerolehan atau pembekalan harta atau perkhidmatan, maka, bagi segala maksud Akta ini, orang itu hendaklah menentukan dan menggunakan harga yang bebas daripada pengaruh untuk pemerolehan atau pembekalan itu.

(3)

Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harta atau perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (2) diperoleh atau dibekalkan pada harga yang sama ada kurang daripada atau lebih daripada harga yang dijangkakan untuk ditawarkan jika pihak-pihak kepada transaksi itu adalah orang yang bebas yang berurusan bebas daripada pengaruh, Ketua Pengarah boleh dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi orang itu, menggantikan harga berkenaan dengan transaksi itu untuk mencerminkan harga yang bebas daripada pengaruh bagi transaksi itu.

(4)

Transaksi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan sebagai transaksi antara—

(a)

orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau

(b)

orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, dalam seksyen ini disebut sebagai “orang ketiga”.

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan makna perenggan 17C(6)(a), bagi maksud subseksyen (4), “kawalan” merujuk kepada orang yang seorang daripadanya memiliki syer orang lain, atau orang ketiga yang memiliki syer kedua-dua orang, yang peratusan modal syer yang dipegang dalam mana-mana satu keadaan ialah dua puluh peratus atau lebih dan—

(a)

urusan perniagaan orang itu bergantung kepada hak tuan punya, seperti paten, pengetahuan teknologi bukan paten, cap dagangan atau hak cipta, yang disediakan oleh orang lain atau orang ketiga;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(b)

aktiviti perniagaan seperti belian, jualan, penerimaan perkhidmatan, penyediaan perkhidmatan, oleh orang itu yang ditentukan oleh orang lain, dan harga dan syarat-syarat lain yang berhubungan dengan pembekalan dipengaruhi oleh orang lain atau orang ketiga; atau

(c)

jika seorang atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah orang itu dilantik oleh orang lain atau orang ketiga.

(6)

Dalam seksyen ini “transaksi” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah perenggan 17C(6)(b).

Perwakilan fungsi Ketua Pengarah

(1)

Mana-mana fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh dilaksanakan oleh mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967.

(2)

Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai rasmi lain.

Pegawai diberi kuasa

(1)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai atau pegawai rasmi lain untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana pegawai atau pegawai rasmi yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai diberi kuasa mengikut pengertian Akta ini.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa yang menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22D suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah.

(4)

Apabila pegawai diberi kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22D, pegawai diberi kuasa itu

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 35

hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3).

Kuasa Menteri untuk memberi arahan

Menteri boleh memberi arahan bersifat am (yang tidak berlawanan dengan Akta ini) kepada Ketua Pengarah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini; dan

Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasakan apa-apa arahan yang diberikan sedemikian.

Penyata keuntungan, dsb., dianggap sulit

(1)

Apa-apa penyata keuntungan, akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud Akta ini hendaklah dianggap sebagai sulit dan tidak boleh disampaikan atau didedahkan kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa bertulis daripada Menteri.

(2)

Jika mana-mana pegawai rasmi, sama ada sepanjang tempoh pekerjaannya atau selepas itu, melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang menerima apa-apa penyata keuntungan, akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud

Akta ini, dengan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai pada masa dia menerimanya bahawa penyata, akuan atau maklumat itu disampaikan atau dizahirkan kepadanya dengan melanggar Akta ini, tidak boleh menggunakan penyata, akuan atau maklumat itu atau mengemukakan atau menzahirkan penyata, akuan atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a)

secara am bagi maksud melaksanakan, atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini;

(b)

bagi maksud melaksanakan atau memudahkan penjalanan perkiraan yang dikuatkuasakan di bawah seksyen 132, 132A,

132B atau 132C Akta Cukai Pendapatan 1967;

(c)

menyediakan skop dan tatacara yang terpakai berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17B;

dan

(d)

menetapkan fi yang dikenakan berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17B.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu.

Borang

Ketua Pengarah boleh, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, menentukan apa-apa borang yang dikehendaki oleh Akta ini yang berkaitan dengan penjalanan Akta ini.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 37

Kebolehterimaan rekod elektronik

(1)

Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu rekod elektronik bagi—

(a)

mana-mana borang sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah dikemukakan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elekronik di bawah seksyen 21C; atau

(b)

mana-mana dokumen lain yang disimpan atau diterima oleh atau disampaikan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik, rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan atau terkandung dalamnya:

Dengan syarat bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu—

(i)

diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua atau mana-mana maklumat yang dikemukakan, disimpan, disampaikan atau diterima melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik di bawah seksyen ini; atau

(ii)

selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56] bagi pengesahan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.

(2)

Jika rekod elektronik bagi mana-mana borang atau dokumen, atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu boleh diterima di bawah subseksyen (1), ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu mengeluarkan semula dengan tepat kandungan borang atau dokumen itu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(3)

Bagi maksud Akta ini, “medium elektronik” termasuklah suatu data, teks, imej atau mana-mana maklumat lain yang disimpan, diterima atau disampaikan dengan cara elektronik, magnetik, optik, pengimejan atau mana-mana peranti pemprosesan data lain.

Medium elektronik

(1)

Mana-mana orang—

(a)

hendaklah, jika dikehendaki di bawah Akta ini; atau

(b)

boleh, jika dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan mana-mana borang sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menentukan apa-apa syarat dan spesifikasi yang di bawahnya borang itu dikemukakan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang *boleh, melalui suatu borang, memberikan kebenaran kepada ejen cukai untuk mengemukakan bagi pihaknya mana-mana borang mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

**(3A) Pegawai yang disebut dalam seksyen 16 boleh, melalui suatu borang, memberikan kebenaran kepada seseorang pekerja untuk mengemukakan bagi pihaknya mana-mana borang mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1).

**(3B) Kebenaran yang disebut dalam subseksyen (3) dan (3A)

hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen ini.

*CATATAN─lihat subperenggan 39(c)(i) Akta 875 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.

**CATATAN─lihat perenggan 39(d) Akta 875 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 39

*(4) Borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah mengikut subseksyen (3) atau (3A) bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggap telah dikemukakan dengan kebenaran orang itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan orang itu hendaklah disifatkan menyedari kandungannya itu.

(5)

Jika subseksyen (3) terpakai—

(a)

orang yang memberikan kebenaran kepada ejen cukai hendaklah membuat suatu akuan dalam borang di bawah

Akta ini dengan menyatakan bahawa—

(i)

ejen cukai itu dibenarkan untuk mengemukakan borang kepada Ketua Pengarah bagi pihaknya; dan

(ii)

maklumat yang diberikan olehnya kepada ejen cukai bagi penyediaan borang itu adalah benar dan betul;

(b)

ejen cukai itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang dikemukakan mengikut subseksyen (1) yang menyatakan bahawa—

(i)

borang itu disediakan mengikut maklumat yang diberikan oleh orang itu; dan

(ii)

dia telah menerima suatu akuan yang dibuat oleh orang itu di bawah perenggan (a);

(c)

orang itu hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat borang itu yang merupakan salinan cetak borang yang dikemukakan itu dan salinan cetak itu hendaklah dibuat di bawah proses dan tatacara yang dibangunkan untuk memastikan maklumat yang terkandung dalam borang itu hendaklah menjadi satu-satunya maklumat yang dikemukakan mengikut seksyen ini;

*CATATAN─lihat perenggan 39(e) Akta 875 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(d)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah ditandatangani oleh orang itu; dan

(e)

salinan cetak yang ditandatangani di bawah perenggan (d)

dan akuan yang dibuat di bawah perenggan (a) hendaklah disimpan dan dikekalkan bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran yang borang itu dikemukakan.

(6)

Mana-mana borang yang disebut dalam subseksyen (1)

disifatkan telah dikemukakan oleh orang itu kepada Ketua Pengarah pada tarikh yang suatu perakuan penerimaan borang itu dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepada orang itu.

(7)

Dalam seksyen ini, “ejen cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 153 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pelbagai

Kuasa untuk meminta maklumat

(1)

Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang memberi apa-apa maklumat atau butir sebagaimana yang dikehendaki olehnya atau untuk pematuhan bagi apa-apa perkiraan percukaian dua kali, perkiraan pertukaran maklumat percukaian atau perkiraan bantuan pentadbiran bersama yang disebut dalam subseksyen 22A(2) yang dibuat oleh

Kerajaan Malaysia.

(2)

Jika mana-mana orang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mematuhi notis yang disebut dalam subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Penzahiran maklumat dalam keadaan tertentu

(1)

Seksyen 20 tidak boleh menghalang—

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 41

(a)

penzahiran maklumat berkenaan dengan perkiraan pencukaian dua kali, perkiraan pertukaran maklumat percukaian atau perkiraan bantuan pentadbiran bersama kepada seorang pekhidmat atau ejen Kerajaan yang diberi kuasa yang dengannya perkiraan itu telah dibuat jika maklumat itu dikehendaki untuk dizahirkan dalam perkiraan itu;

(aa) penzahiran maklumat berhubung dengan invois elektronik kepada Ketua Pengarah Kastam dan Eksais (atau kepada pegawai awam di bawah arahan dan kawalannya) atau penggunaan maklumat berhubung dengan invois elektronik oleh Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, setakat yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya; dan

(b)

penzahiran maklumat yang diminta oleh mana-mana pihak berkuasa cukai mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1) —

“perkiraan bantuan pentadbiran bersama” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan mana-mana wilayah di luar

Malaysia dengan tujuan bantuan pentadbiran bersama dalam perkara percukaian yang termasuk pemeriksaan cukai serentak, pertukaran maklumat secara automatik atau pentadbiran cukai luar negara di bawah seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967;

“perkiraan pencukaian dua kali” ertinya suatu perkiraan antara

Kerajaan Malaysia dengan mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967;

“perkiraan pertukaran maklumat percukaian” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia di bawah seksyen 132A Akta Cukai

Pendapatan 1967.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Kuasa untuk meminta penyata spesifik atau pengemukaan buku

Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada atau tidak seseorang boleh dikenakan cukai atau bagi menentukan liabilitinya, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain—

(a)

untuk melengkapkan dan menghantar serah kepada

Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis;

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah;

(c)

untuk menyediakan penyata mengikut perenggan (a) dan untuk juga hadir menurut perenggan (b); atau

(d)

untuk memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

Kuasa untuk meminta penyata akaun bank, dsb.

Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dalam masa yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a)

semua akaun bank, yang merupakan akaun yang sedia ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis,—

(i)

atas namanya sendiri atau nama isteri atau anak tanggungannya atau secara bersesama atas apa-apa nama itu;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 43

(ii)

yang dia berkepentingan atau telah berkepentingan sama ada secara bersesama atau berasingan; atau

(iii)

yang orang itu berkuasa atau telah berkuasa untuk menggunakan secara bersesama atau berasingan;

(b)

semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya orang itu ada atau telah mempunyai apa-apa kepentingan atau kuasa untuk menggunakannya secara bersesama atau berasingan dalam tempoh itu;

(c)

semua aset yang orang itu dan mana-mana isteri atau anak tanggungannya sedang dimiliki atau telah dimiliki dalam tempoh itu;

(d)

semua hasil orang itu dan pendapatan kasar berpunca daripada hasil itu; dan

(e)

semua fakta mengenai tanggungannya terhadap cukai pada masa itu atau pada masa lepas.

Kuasa untuk mengakses bangunan dan dokumen, dsb.

(1)

Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah pada setiap masa mempunyai sepenuhnya dan bebas untuk akses kepada semua tanah, bangunan dan tempat itu dan untuk melihat semua buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda dan boleh menggeledah tanah, bangunan dan tempat itu dan boleh memeriksa, menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda tanpa membuat apa-apa pembayaran sebagai fi atau upah.

(2)

Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), penghuni tanah, bangunan dan tempat itu hendaklah menyediakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(3)

Ketua Pengarah boleh mengambil milikan mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda yang Ketua Pengarah itu mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—

(a)

pemeriksaan buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak dapat dijalankan dengan munasabah tanpa mengambil milikan terhadapnya;

(b)

buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan Ketua Pengarah mengambil milikan terhadapnya; atau

(c)

buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dimulakan di bawah atau berkenaan dengan Akta ini.

(4)

Suatu senarai semua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan tempat di mana benda itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.

(5)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada perniagaan bagi apa-apa tempoh untuk memeriksa mana-mana buku, akaun atau rekod yang disimpan selain dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua Pengarah boleh secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan semasa tempoh itu untuk mengemukakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris buku, akaun atau rekod itu.

Kewajipan untuk mengeluarkan invois elektronik

22DA. (1) Tertakluk pada seksyen ini, seseorang hendaklah, dalam suatu tahun taksiran mengeluarkan suatu invois elektronik bagi setiap transaksi berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 45

perkhidmatan yang dilaksanakan oleh orang itu dalam tahun taksiran itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

orang yang hendaklah mengeluarkan invois elektronik dan butir-butir yang hendak dimasukkan dalam invois elektronik adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 82C Akta Cukai Pendapatan 1967; dan

(b)

syarat dan spesifikasi yang di bawahnya suatu invois elektronik akan dikeluarkan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah garis panduan yang dikeluarkan mengikut seksyen 17A Akta ini.

(3)

Apa-apa invois elektronik yang dikeluarkan oleh seseorang berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dihantar secara elektronik kepada dan disahkan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang dikehendaki untuk mengeluarkan suatu invois di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan, invois elektronik yang dikeluarkan mengikut subseksyen (1) termasuk apa-apa butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki hendaklah ditafsirkan sebagai suatu invois yang dikeluarkan di bawah undang-undang itu, dengan syarat bahawa jika butir-butir bagi invois elektronik adalah berlawanan dengan kehendak bagi pengeluaran invois di bawah undang-undang itu, invois elektronik itu hendaklah hanya menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan bagi maksud Akta ini.

(5)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran suatu invois elektronik dikeluarkan mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesalahan atau peninggalan yang berbangkit, yang terdapat dalam suatu invois elektronik dengan syarat bahawa kesalahan atau peninggalan itu telah dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau kelengkapan yang digunakan bagi pengeluaran invois elektronik itu.

(6)

Tertakluk pada syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang—

(a)

memperoleh apa-apa barang yang dijual atau menikmati apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan; atau

(b)

menyediakan platform perdagangan elektronik berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang lain, orang itu hendaklah bagi tahun taksiran itu mengeluarkan suatu invois bil kendiri mengikut syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh

Ketua Pengarah dan invois itu hendaklah dianggap sebagai suatu invois elektronik.

(7)

Ketua Pengarah boleh, bagi mana-mana tahun taksiran berkenaan dengan mana-mana barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan, menentukan seseorang untuk menyatukan bilangan transaksi berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan dalam tahun taksiran itu dalam suatu invois transaksi yang disatukan, dan orang itu hendaklah menghantar invois transaksi yang disatukan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dan mengikut syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan invois transaksi yang disatukan itu hendaklah bagi maksud seksyen ini menjadi suatu invois elektronik yang dikeluarkan oleh orang itu.

(8)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang membuat suatu kesalahan atau kesilapan berkenaan dengan mana-mana invois elektronik yang dikeluarkan mengikut seksyen ini, orang itu boleh bagi maksud membetulkan kesalahan atau kesilapan itu mengeluarkan suatu invois elektronik ganti dalam tempoh tujuh puluh dua jam dari masa pengeluaran invois elektronik yang cacat itu.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 47

(9)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh seseorang melibatkan pengeluaran nota kredit atau nota debit, orang yang mengeluarkan nota kredit atau nota debit hendaklah membuat pelarasan dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai orang itu bagi tahun taksiran itu dengan sewajarnya.

(10)

Seseorang boleh, berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan olehnya dalam mana-mana tahun taksiran, menambah apa-apa butir-butir tambahan kepada invois elektronik di bawah seksyen ini.

(11)

Peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]

tidak terpakai bagi apa-apa data peribadi yang diproses bagi invois elektronik yang dikeluarkan atau dihantar kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini dan apa-apa peruntukan lain berkaitan Akta ini.

Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar

(1)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata keuntungannya bagi suatu tahun taksiran di bawah Akta ini hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat dokumen mencukupi bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran itu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar olehnya.

(2)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengemukakan suatu penyata yang dikehendaki di bawah Akta ini bagi suatu tahun taksiran, orang itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubung dengan tahun taksiran itu bagi tempoh tujuh tahun selepas tamat tahun penyata itu dikemukakan.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengetepikan semua atau mana-mana kehendak di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa keuntungan.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(4)

Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk menyimpan dokumen dan—

(a)

berbuat demikian secara elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu dalam format elektronik yang boleh dibaca dan hendaklah menyimpan dokumen itu mengikut cara yang sebegitu rupa untuk membolehkan dokumen itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan; atau

(b)

telah pada asalnya menyimpan dokumen dalam bentuk manual dan kemudiannya menukarkan dokumen itu ke dalam bentuk elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu sebelum ditukarkan dalam bentuk asalnya.

(5)

Semua dokumen yang berhubungan dengan apa-apa keuntungan di Malaysia hendaklah disimpan dan dikekalkan di Malaysia.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya—

(b)

invois, baucar, resit dan apa-apa dokumen lain yang perlu untuk menentusahkan butiran dalam penyata.

Kegagalan mengeluarkan invois elektronik

22EA. Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang munasabah, melanggar subseksyen 22DA(1), (6) atau (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ratus ringgit dan tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 49

Kewajipan untuk memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen untuk menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar

22EB. (1) Jika seseorang telah mengemukakan kepada Ketua

Pengarah penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10, orang itu hendaklah memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh genap masa pengemukaan penyata keuntungan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seksyen 21C hendaklah terpakai dengan mana-mana ubah suaian yang perlu.

Pendakwaan

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Kesalahan dan penalti

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mengemukakan butir-butir yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 5(3)(b) atau 10(3)(b);

(b)

tidak mematuhi notis yang diberikan di bawah seksyen 22B,

22C atau subseksyen 22D(5); atau

(c)

melanggar seksyen 22EB, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.

Keingkaran mengemukakan penyata keuntungan

(1)

Mana-mana orang yang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10 berkenaan dengan mana-mana satu tahun taksiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata keuntungan telah dibuat hendaklah terletak atas orang tertuduh.

(3)

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.

(4)

Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5

atau 10 dan tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan keingkaran itu—

(a)

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai itu yang, sebelum apa-apa pembayaran balik di bawah Akta ini, yang kena dibayar bagi tahun itu; dan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 51

(b)

jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

(5)

Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (4)

berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran.

Penalti bagi penyata keuntungan dan maklumat yang tidak betul

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh

Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau

(b)

memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang—

(a)

membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh

Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(b)

memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, maka, jika tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) dimulakan berkenaan dengan penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti yang sama dengan amaun cukai yang telah terkurang dikenakan akibat penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu atau yang telah terkurang dikenakan jika penyata keuntungan atau maklumat telah diterima sebagai betul; dan, jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti dikurangkan atau diremitkan di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, penalti yang belum dikurangkan atau diremitkan, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

Mendapatkan penalti

Apa-apa penalti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah subseksyen 23A(4), 23A(5) atau 23B(2) hendaklah dipungut seolah-olah penalti itu sebahagian daripada cukai yang kena dibayar oleh orang itu, tetapi tidak boleh dianggap sebagai cukai yang kena dibayar bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini selain seksyen 11, 13B dan 14.

Pengkompaunan kesalahan

(1)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah seksyen 22, 22EA, 23 atau 23A, atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat menurut subseksyen 21(1) dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 53

kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua

Pengarah.

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(5)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau meremitkan mana-mana penalti yang dikenakan di bawah Akta ini kecuali penalti yang dikenakan apabila disabitkan.

Pengecualian oleh Menteri

(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana entiti Labuan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa keuntungan yang dikenakan cukai bagi entiti itu.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.

Penyampaian dokumen

Apa-apa dokumen, selain suatu notis taksiran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 6(2), (3) atau (4), yang dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu entiti Labuan bagi maksud Akta ini, hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sepatutnya kepada entiti Labuan itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarnya dengan pos biasa kepada, pejabat berdaftar entiti Labuan itu.

Peruntukan mengenai keterangan

(1)

Dalam suatu guaman di bawah seksyen 14, pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah memberi nama dan alamat defendan dan amaun cukai yang genap masa untuk dibayar olehnya menjadi keterangan yang cukup mengenai amaun yang genap masa untuk dibayar itu dan juga kuasa yang cukup bagi mahkamah membuat hukuman bagi amaun itu.

(2)

Dalam prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini apa-apa kenyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang merupakan sebahagian daripada atau dilampirkan kepada maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi bukti apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi—

(a)

pernyataan tentang niat orang yang dituduh atau defendan lain; atau

(b)

prosiding bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.

(3)

Suatu transkrip bagi apa-apa butir-butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai, jika

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 55

transkrip itu diperakui oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa sebagai suatu salinan butir-butir yang benar, hendaklah diterima sebagai keterangan sebagai bukti butir-butir tersebut.

(4)

Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak seseorang boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam mana-mana prosiding terhadapnya bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 23A atau 23B, atau tuntutan bagi apa-apa jumlah tertunggak sebagai cukai atau penalti, dengan alasan hanya oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen itu dengan apa-apa dorongan atau janji yang sah daripada

Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa.

(5)

(a)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

Bahagian III

Bahagian III Akta Keterangan 1950; atau

(ii)

ditafsirkan sebagai menghendaki atau membenarkan mana-mana orang mengemukakan atau memberi kepada mahkamah, Pesuruhjaya Khas,

Ketua

Pengarah atau mana-mana orang lain apa-apa dokumen, benda atau maklumat yang menurut Bab atau peruntukan itu orang itu tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengemukakan atau memberi kepada mahkamah.

(b)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika apa-apa dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada, atau berhubungan sepenuhnya atau sebahagiannya dengan, resit, pembayaran, pendapatan, perbelanjaan, atau transaksi atau urusan kewangan seseorang, sama ada seorang peguam bela dan peguam cara, pelanggannya atau mana-mana orang lain, ia tidaklah terlindung daripada penzahiran kepada sesuatu mahkamah,

Pesuruhjaya Khas, Ketua Pengarah atau mana-mana

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

pegawai yang diberi kuasa jika ia terkandung dalam, atau meliputi kesemua atau sebahagian daripada, apa-apa buku, akaun, pernyataan, atau rekod lain yang disediakan atau disimpan oleh mana-mana pengamal atau firma pengamal berkenaan dengan mana-mana pelanggan atau pelanggan pengamal atau pelanggan firma pengamal itu atau mana-mana orang lain.

(c)

Perenggan (b) hendaklah juga terpakai berkenaan dengan mana-mana dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan yang dibuat atau diwujudkan sebelum permulaan kuat kuasa perenggan itu.

Kesalahan dan kecacatan dalam taksiran, notis dan dokumen lain

(1)

Tiada apa-apa jua taksiran, notis atau dokumen lain yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud Akta ini boleh dibatalkan atau disifatkan sebagai tidak sah atau boleh ditidaksahkan oleh sebab ia tidak mengikut bentuk, atau terjejas oleh apa-apa kesilapan, kecacatan atau peninggalan di dalamnya, jika ia pada isi dan natijahnya adalah menepati Akta ini atau mengikut tujuan dan erti Akta ini dan—

(a)

dalam hal suatu taksiran, orang yang ditaksirkan itu atau dimaksudkan untuk ditaksir atau terjejas olehnya ditetapkan mengikut niat dan persefahaman bersama; dan

(b)

dalam apa-apa cara yang lain, orang yang kepadanya ia dialamatkan dan mana-mana orang lain yang disebut di dalamnya ditetapkan sedemikian.

(2)

Suatu taksiran yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud Akta ini tidak boleh dicabar atau terjejas oleh sebab sesuatu kesilapan di dalamnya tentang—

(b)

perihal apa-apa pendapatan; atau

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 57

(c)

amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang ditaksir atau cukai yang dikenakan, dan suatu notis taksiran yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan tidak boleh dicabar atau terjejas oleh sebab apa-apa kesilapan jika ia disampaikan kepada orang itu berkenaan dengan orang yang kepadanya taksiran itu dibuat atau dicadang hendak dibuat dan mengandungi pada isi dan natijahnya butir-butir yang terkandung dalam taksiran itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika amaun cukai yang dikenakan dengan suatu taksiran telah dikira dengan tidak betul mengikut amaun keuntungan yang dikenakan cukai dan kadar cukai yang sesuai yang terpakai baginya, amaun cukai yang dikenakan sebagaimana yang ditunjukkan dalam taksiran dan notis taksiran itu boleh, jika Ketua Pengarah mengarahkan sedemikian, dianggap sebagai amaun cukai yang sepatutnya dikenakan jika ia telah dikira dengan betul.

(4)

Suatu notis cukai kena dibayar yang berupa sebagai dikeluarkan bagi maksud Akta ini tidak boleh dicabar oleh sebab kesilapan di dalamnya mengenai nama orang yang bertanggungan untuk membayar cukai jika notis itu disampaikan kepada orang itu.

Pengesahan notis, perakuan dan dokumen lain

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap notis, perakuan atau dokumen lain yang dikeluarkan, disampaikan atau diberikan bagi maksud Akta ini oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa disahkan dengan cukupnya jika nama dan pejabat Ketua

Pengarah dicetak, dicap atau secara lain ditulis di atasnya.

(2)

Jika Akta ini memperuntukkan supaya suatu notis, perakuan atau dokumen lain ditandatangani oleh mana-mana pegawai, notis, perakuan atau dokumen itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai itu.

(3)

Suatu notis, perakuan atau dokumen lain yang dikeluarkan, dibuat, disampaikan atau diberikan bagi maksud Akta ini dan yang

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah ditandatangani sedemikian.

Tatacara apabila tiada yang dinyatakan

Sekiranya apa-apa perbuatan atau tatacara dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan atau dibuat di bawah Akta ini dan tiada cara ditentukan atau tatacara dinyatakan sama ada dalam Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, permohonan boleh dibuat kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan arahan tentang cara yang mengikutnya perbuatan atau tatacara itu boleh dilakukan atau dibuat, dan apa-apa perbuatan atau tatacara yang dilakukan atau dibuat mengikut arahannya hendaklah menjadi pelaksanaan yang sah bagi perbuatan atau tatacara itu.

*CATATAN—lihat seksyen 28 dan 29 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024

[Akta A1741] mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 yang memberikan peruntukan seperti yang berikut:

Tahun taksiran 2025

Seksyen 28

(1)

Pada tahun 2025, hendaklah ada dua tahun taksiran iaitu—

(a)

tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2024 (asas tahun sebelumnya); dan

(b)

tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2025 (asas tahun semasa).

(2)

Tahun taksiran 2025 berasaskan tahun semasa hendaklah merupakan tahun taksiran berasingan yang mengikuti tahun taksiran 2025 berasaskan tahun sebelumnya.

Peruntukan kecualian dan peralihan

(1)

Jika mana-mana entiti Labuan dikenakan cukai berasaskan tahun sebelumnya di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya pindaan Akta ini, maka entiti Labuan itu hendaklah terus dikenakan cukai sedemikian.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh mana-mana tanggungan seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi mana-mana kesalahan atau pelanggaran

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 59

yang dilakukan di bawah Akta ibu atau mana-mana prosiding yang diwujudkan, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil, sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu.

(3)

Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat.

(4)

Apa-apa pengkompaunan kesalahan di bawah seksyen 24 Akta ibu sedia ada yang masih belum selesai sebelum tarikh berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada atau selepas tarikh berkuat kuasanya Akta ini, terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah seksyen 24 Akta ibu seolah-olah seksyen 24 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

JADUAL

[Seksyen 2B]

ENTITI LABUAN

1. Suatu syarikat Labuan.

2. Suatu yayasan Labuan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Yayasan

Labuan 2010 [Akta 706].

3. Suatu yayasan Islam Labuan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

4. Suatu perkongsian Islam Labuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

5. Suatu perkongsian terhad Labuan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010.

6. Suatu perkongsian liabiliti terhad Labuan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad

Labuan 2010.

7. Suatu amanah

Islam

Labuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

8. Suatu amanah Labuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Amanah

Labuan 1996 [Akta 554].

9. Pemegang lesen suatu bank Islam Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

10. Pemegang lesen suatu bank Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.

11. Mana-mana institusi kewangan

Labuan yang ditakrifkan dalam

Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].

12. Mana-mana orang yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai suatu entiti Labuan di bawah subseksyen 2B(2).

61

Akta 445

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A815

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar

Pesisir Labuan (Pindaan) 1992

Tahun taksiran 1992

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 544

Akta Kewangan 1996

Tahun taksiran 1996

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 557

Akta Kewangan 1997

Tahun taksiran 1997

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 591

Akta Kewangan (No. 2) 1998

Tahun taksiran 1999

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 624

Akta Kewangan (No. 2) 2002

Tahun taksiran 2004

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 631

Akta Kewangan 2003

Tahun taksiran 2004

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 644

Akta Kewangan 2005 01-01-2006

Akta 683

Akta Kewangan 2007

Tahun taksiran 2009

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 693

Akta Kewangan 2009

Tahun taksiran 2009

dan tahun-tahun

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari taksiran berikutnya

Akta 702

Akta Kewangan 2010 01-01-2010

Akta A1366

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2010 11-02-2010

Akta 742

Akta Kewangan 2012 28-01-2011

Akta 761

Akta Kewangan 2014 24-01-2014

Akta 773

Akta Kewangan 2015 31-12-2015

Akta 785

Akta Kewangan 2017

Seksyen 38

–

17-01-2017;

Seksyen 39

–

22-10-2016

Akta A1532

Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan

(Pindaan) 2017 19-05-2017

Akta A1555

Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan

(Pindaan) (No. 2) 2017 30-12-2017

Akta A1577

Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan

(Pindaan) 2018 28-12-2018

Akta 812

Akta Kewangan 2018 01-01-2019

Akta A1614

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan (Pindaan) 2020

Perenggan 2(a) dan seksyen 13 & 15 –

11-02-2020;

Perenggan 2(b) dan seksyen 3, 4, 5, 6, 7,

9, 10, 11, 12 dan 14 –

Tahun taksiran 2020

dan tahun-tahun taksiran berikutnya;

Seksyen 8

–

01-01-2019

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 63

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 831

Akta Kewangan 2020

Perenggan 56(b), seksyen 58 dan 59 –

tahun taksiran 2020

dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya;

Seksyen 57

–

01-01-2021;

Perenggan 56(a) –

seksyen 60, 61 dan 62, 01-01-2021

Akta 833

Akta Kewangan 2021

Seksyen 53 – 01-01-

2019; Seksyen 54 –

tahun taksiran 2020

dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya;

Seksyen 55 dan 56 –

tahun taksiran 2022

dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya;

Seksyen 57 dan 58 –

01-01-2022

Akta 851

Akta Kewangan (No. 2) 2023

Lihat seksyen 79

Akta 851

Akta A1707

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan (Pindaan) 2024 01-01-2024

Akta A1741

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024

Lihat subseksyen 1(2), (3) dan (4)

Akta 874

Akta Kewangan 2025 01-01-2026

Akta 875

Akta

Langkah-Langkah bagi

Pemungutan,

Pentadbiran dan

Penguatkuasaan Cukai 2025

Lihat seksyen 31

64

Akta 445

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

Akta A1366 11-02-2010

1

Akta A1366 11-02-2010

2

Akta 544

Tahun taksiran 1996 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 557

Tahun taksiran 1997 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 591

Tahun taksiran 1999 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 624

Tahun taksiran 2004 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 683

Tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1366 11-02-2010

Akta 785 17-01-2017

Akta 812 01-01-2019

Akta A1614 11-02-2020;

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 851 01-01-2024

Akta A1741

Perenggan 2(a), 2(b),

2(c), 2(d): 01-01-2025

Perenggan 2(e):

01-01-2025

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 65

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Takrif “tempoh asas”

dalam subseksyen 2(1)

yang dipinda melalui perenggan 2(e): Tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

2A

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

2B

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Perenggan 56(a):

01-01-2021;

Akta 831

Perenggan 56(b): Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 833 01-01-2019

Akta A1741

Perenggan 3(a) dan 3(b):

01-01-2025;

Perenggan 3(c) dan 3(d):

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

3

Akta A1366 11-02-2010

Akta 851

Subseksyen 79(2);

Tahun Kewangan mulai 01-01-2025 dan Tahun-Tahun Kewangan yang berikutnya

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3A

Akta 683

Tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 693

Tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1366 11-02-2010

Akta 831 01-01-2021

Akta 875 01-01-2026

3B

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

4

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

5

Akta A1366 11-02-2010

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 875 01-01-2026

6

Akta A1366 11-02-2010

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

6A

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 67

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 875 01-01-2026

6B

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

6C

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

6D

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 831

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

7

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

8

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta 833

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

8A

Akta 631

Tahun taksiran 2004 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

9

Akta A1366 11-02-2010

Akta 614 01-01-2019

Akta 851

Subseksyen 79(2);

Tahun Kewangan mulai 01-01-2025 dan Tahun-Tahun Kewangan yang berikutnya

10

Akta A1366 11-02-2010

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 875 01-01-2026

Akta 833

Tahun taksiran 2022 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

10A

Akta A815

Tahun taksiran 1992

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 591

Tahun taksiran 1999

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

11

Akta 631

Tahun taksiran 2004

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta 833

Tahun taksiran 2022 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 69

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

12

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta 874 01-01-2026

12A

Akta 702 01-01-2010

13

Akta A1366 11-02-2010

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

13A

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 831

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

13B

Akta 831 01-01-2021

14

Akta A1741 01-01-2025

15

Akta A1366 11-02-2010

16

Akta 624

Tahun taksiran 2004

dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1366 11-02-2010

16A

Akta 833 01-01-2022

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

17A

Akta A1366 11-02-2010

17B

Akta A1366 11-02-2010

17C

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

17D

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

18

Akta 644 01-01-2006

18A

Akta 875 01-01-2026

20

Akta A1366 11-02-2010

Akta 831 01-01-2021

Akta A1741 01-01-2025

21

Akta 761 24-01-2014

Akta 785 22-10-2016

Akta A1532 19-05-2017

Akta A1555 30-12-2017

Akta A1577 28-12-2018

Akta A1741 01-01-2025

21A

Akta 761 24-01-2014

Akta 875 01-01-2026

21B

Akta 851 01-01-2024

Akta A1741 01-01-2025

Akta 875 01-01-2026

21C

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 875

Subperenggan 39(a), (b),

(f)

, (g) dan (h) dan

Subperenggan 39(c)(ii):

01-01-2026;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 71

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Subperenggan 39(c)(i)

dan perenggan 39(d) dan

(e)

: 01-01-2027

22

Akta A1366 11-02-2010

Akta 742 28-01-2011

Akta 773 31-12-2015

22A

Akta A1366 11-02-2010

Akta 742 28-01-2011

Akta 773 31-12-2015

Akta 851 01-01-2024

22B

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

22C

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

22D

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

22DA

Akta 851 01-01-2024

Akta A1707 01-01-2024

Akta A1741 01-01-2025

22E

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

22EA

Akta 851 01-01-2024

22EB

Akta A1741

Tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

22F

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

23

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta 833 01-01-2022

Akta A1741 01-01-2025

23A

Akta A1741 01-01-2025

23B

Akta A1741 01-01-2025

23C

Akta A1741 01-01-2025

24

Akta A1614 11-02-2020

Akta 831 01-01-2021

Akta A1741 01-01-2025

25

Akta A1366 11-02-2010

Akta 812 01-01-2019

Akta A1741 01-01-2025

26

Akta 624

Tahun taksiran 2004 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1366 11-02-2010

27

Akta A1366 11-02-2010

Akta A1614

Tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya

Akta A1741 01-01-2025

27A

Akta A1741 01-01-2025

27B

Akta A1741 01-01-2025

27C

Akta A1741 01-01-2025

28

Akta A1366 11-02-2010

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 73

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Akta 875 01-01-2026

Common questions

What is Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990?
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 is Malaysia Act, cited as Act 445 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Is Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 still in force?
Yes — Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 is currently in force.
When did Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 take effect?
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 was first recorded in 1990.
How many sections does Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 have?
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 contains 64 sections.
What amends Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990?
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 has been amended by Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2017, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018, and Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2020, and 1 other.
Where can I read the official version of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990?
The official text of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.