Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

ActIn forceProvision 2 of 63
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

“aktiviti bukan perdagangan Labuan” ertinya suatu aktiviti yang berhubungan dengan pemegangan pelaburan dalam sekuriti, saham, syer, pinjaman, deposit atau apa-apa harta lain yang terletak di Labuan oleh suatu entiti Labuan bagi pihaknya sendiri;

“aktiviti perdagangan Labuan” termasuklah perbankan, insurans, perdagangan, pengurusan, pelesenan, atau apa-apa aktiviti lain yang bukan suatu aktiviti bukan perdagangan Labuan;

“aktiviti perniagaan Labuan” ertinya suatu aktiviti perdagangan

Labuan atau aktiviti bukan perdagangan Labuan yang dijalankan di, dari atau melalui Labuan, tidak termasuk apa-apa aktiviti yang merupakan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“invois elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Cukai Pendapatan 1967;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri yang disebut dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah suatu perbadanan, perkongsian, kumpulan orang dan perbadanan tunggal;

“pegawai rasmi” ertinya seseorang yang mempunyai tugas rasmi di bawah, atau diambil kerja untuk melaksanakan, peruntukan

Akta Cukai Pendapatan 1967;

“Pesuruhjaya Khas” ertinya Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan yang dilantik di bawah seksyen 98 Akta Cukai Pendapatan 1967;

“syarikat

Labuan”

ertinya suatu syarikat

Labuan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, dan termasuk suatu syarikat Labuan asing yang berdaftar di bawah Akta itu;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 9

“tahun taksiran” ertinya tahun kalendar;

“taksiran” bermaksud apa-apa taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;

“tempoh asas”, berhubungan dengan suatu tahun taksiran, ertinya tempoh atau tempoh-tempoh perakaunan yang berakhir dalam tahun kalendar berbetulan dengan tahun taksiran itu.

(2)

Jika suatu entiti Labuan menjalankan kedua-dua aktiviti perdagangan Labuan dan aktiviti bukan perdagangan Labuan, entiti itu hendaklah disifatkan sebagai menjalankan suatu aktiviti perdagangan

Labuan.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 terpakai berkenaan dengan—

(a)

suatu aktiviti selain aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh suatu entiti Labuan; dan

(b)

(Dipotong oleh Akta 624);

(c)

(Dipotong oleh Akta A1366);

(d)

suatu aktiviti perniagaan Labuan yang dijalankan oleh suatu entiti Labuan yang membuat suatu pemilihan di bawah seksyen 3A.