Skip to content

Seksyen 10

“Pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang tidak dikenakan cukai

of Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024

Amendment ActIn forceProvision 10 of 29
Seksyen 10
(1)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang merupakan aktiviti bukan perdagangan

Labuan yang subseksyen 9(1) terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21c.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

menyatakan keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti bukan perdagangan Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”.

Penggantian seksyen 11