Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024

Feedback & supportAmends the Labuan Business Activity Tax Act 1990

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan (Pindaan) (No. 2) 2024.

(2)

Perenggan 2(a), 2(b), 2(c), 2(d), 3(a) dan 3(b), dan seksyen 13, 14, 15, 16, 18, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28

dan 29 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

(3)

Perenggan 2(e) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 dan takrif “tempoh asas” dalam subseksyen 2(1) yang dipinda melalui perenggan itu hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025

dan tahun-tahun taksiran berikutnya.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN

(PINDAAN) (NO. 2) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

(4)

Perenggan 3(c) dan (d), dan seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 9,

10, 11, 12, 17 dan 19 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025

berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025 dan tahun-tahun taksiran berikutnya.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dalam takrif “aktiviti perdagangan Labuan”, dengan memotong perkataan “, operasi perkapalan”;

(b)

dengan memotong takrif “operasi perkapalan”;

(c)

dengan memotong takrif “syarikat domestik”;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “tahun taksiran” takrif yang berikut:

‘  “taksiran” bermaksud apa-apa taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;’; dan

(e)

dalam takrif “tempoh asas”, dengan menggantikan perkataan

“sebaik sebelum” dengan perkataan “berbetulan dengan”.

s 3Pindaan seksyen 2b

Seksyen 2b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (1)(b)(i)—

(i)

dalam subsubperenggan (A), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu;

(ii)

dalam subsubperenggan (B), dengan menggantikan koma di hujung subsubperenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(iii)

dengan memasukkan selepas subsubperenggan (B)

subsubperenggan yang berikut:

“(C) mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa,”;

(b)

dalam subperenggan (1)(b)(ii)—

(i)

dalam subsubperenggan (B), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu;

(ii)

dalam subsubperenggan (C), dengan menggantikan koma di hujung subsubperenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas subsubperenggan (C)

subsubperenggan yang berikut:

“(D) mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan orang yang layak dan wajar bagi pekerja sepenuh masa,”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (1b) dengan subseksyen yang berikut:

“(1b)  Bagi maksud subseksyen (1a), keuntungan yang boleh dikenakan cukai hendaklah keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan sedemikian bagi entiti Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu.”; dan

(d)

dalam subseksyen (1c), dengan menggantikan perkataan

“perenggan (1b)(a)” dengan perkataan “subseksyen (1b)”.

Undang-Undang Malaysia 6

s 4Penggantian seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang berikut:

(1)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang subseksyen 2b(1a) atau seksyen 4

terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21c.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

menyatakan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”.

s 5Pindaan seksyen 6

Seksyen 6 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika suatu entiti Labuan telah mengemukakan suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran mengikut seksyen 5, Ketua Pengarah hendaklah disifatkan telah membuat, pada hari penyata keuntungan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

7

itu dikemukakan, suatu taksiran berkenaan dengan entiti Labuan itu dalam amaun cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai, cukai itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai adalah amaun masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata keuntungan.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan telah membuat suatu taksiran di bawah subseksyen (1)—

(a)

penyata keuntungan yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran; dan

(b)

notis taksiran itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada entiti Labuan pada hari

Ketua Pengarah disifatkan telah membuat taksiran itu.”.

s 6Pindaan seksyen 6a

Subseksyen 6a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 6” dengan perkataan “subseksyen 6(2), (3)

atau (4)”.

s 7Pindaan seksyen 6b

Seksyen 6b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 6” dengan perkataan “subseksyen 6(2), (3)

atau (4)”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “melalui pos” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “melalui pos biasa atau berdaftar”; dan

Undang-Undang Malaysia 8

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “cukai yang dikenakan” perkataan

“ke atasnya, atau amaun cukai atau cukai tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan

(ii)

dalam subperenggan (c)(ii), dengan menggantikan perkataan “subseksyen 13a(2)” dengan perkataan

“subseksyen 11(4) atau (5)”.

s 8Pindaan seksyen 8a

Subseksyen 8a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “cukai yang dikenakan di bawah seksyen 4” dengan perkataan “cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 2b(1a)

atau seksyen 4”.

s 9Penggantian seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:

(1)

Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang merupakan aktiviti bukan perdagangan

Labuan yang subseksyen 9(1) terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 21c.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu penyata keuntungan bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

menyatakan keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti bukan perdagangan Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”.

s 10Penggantian seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), cukai yang kena dibayar di bawah suatu taksiran bagi suatu tahun taksiran hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh genap masa sama ada orang itu merayu terhadap taksiran itu atau tidak.

(2)

Jika suatu taksiran dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3)

atau (4), atau jika suatu taksiran dinaikkan di bawah subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai yang kena dibayar di bawah taksiran atau taksiran tambahan hendaklah, atas penyampaian notis taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas orang yang ditaksir di tempat yang dinyatakan dalam notis itu sama ada orang itu merayu ke atas taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1)

tidak dibayar pada tarikh genap masa, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tarikh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 10

(4)

Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian notis itu, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tempoh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

(5)

Jika apa-apa cukai yang kena dibayar mengikut subseksyen (1) atau (2), Ketua Pengarah boleh membenarkan cukai itu dibayar secara ansuran sebanyak apa-apa amaun dan pada tarikh sedemikian sebagaimana yang ditentukan olehnya dan sekiranya berlaku keingkaran dalam pembayaran mana-mana satu ansuran pada tarikh yang ditetapkan untuk pembayaran, baki cukai yang belum dijelaskan menjadi tertunggak hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada baki cukai itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

(6)

Walau apa pun subseksyen di atas, Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya kerana apa-apa sebab yang baik yang diberikan meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada jumlah kenaikan di bawah subseksyen (3), (4)

atau (5) dan, jika jumlah yang diremitkan telah dibayar,

Ketua Pengarah hendaklah membayar balik amaun itu.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “tarikh genap masa” ertinya hari terakhir bulan ketujuh dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.”.

s 11Pemotongan seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 13.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

s 12Pemotongan seksyen 13a

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 13a.

s 13Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, mahkamah tidak boleh melayani apa-apa hujah bahawa amaun cukai yang hendak didapatkan itu adalah berlebihan, ditaksir dengan tidak betul, dalam rayuan atau dinaikkan dengan tidak betul di bawah subseksyen 11(3), (4) atau (5).”.

s 14Pindaan seksyen 20

Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “kecuali bagi maksud Akta ini” perkataan

“atau dengan kuasa bertulis daripada Menteri”.

s 15Pindaan seksyen 21

Subseksyen 21(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) menyediakan skop dan tatacara yang terpakai berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17b; dan

(d)

menetapkan fi yang dikenakan berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 17b.”.

Undang-Undang Malaysia 12

s 16Pindaan seksyen 21b

Seksyen 21b Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu rekod elektronik bagi—

(a)

mana-mana borang yang ditetapkan dikemukakan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elekronik di bawah seksyen 21c; atau

(b)

mana-mana dokumen lain yang disimpan atau diterima oleh atau disampaikan kepada

Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik, rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan atau terkandung dalamnya:

Dengan syarat bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu—

(i)

diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua atau mana-mana maklumat yang dikemukakan, disimpan, disampaikan atau diterima melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik di bawah seksyen ini; atau

(ii)

selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950

[Akta 56] bagi pengesahan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.”; dan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika rekod elektronik bagi mana-mana borang yang ditetapkan atau dokumen, atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu boleh diterima di bawah subseksyen (1), ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu mengeluarkan semula dengan tepat kandungan borang yang ditetapkan atau dokumen itu.”.

s 17Seksyen baharu 21c

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21b seksyen yang berikut:

“Medium elektronik 21c.  (1)  Mana-mana orang—

(a)

hendaklah, jika dikehendaki di bawah Akta ini; atau

(b)

boleh, jika dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan mana-mana borang yang ditetapkan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), syarat dan spesifikasi yang di bawahnya mana-mana borang yang ditetapkan kena dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang boleh memberikan kebenaran secara bertulis kepada ejen cukai untuk mengemukakan bagi pihaknya mana-mana borang yang ditetapkan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Suatu borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (3) bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggap telah dikemukakan dengan kebenaran orang itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan orang itu hendaklah disifatkan menyedari kandungannya itu.

Undang-Undang Malaysia 14

(5)

Jika subseksyen (3) terpakai—

(a)

orang yang memberikan kebenaran kepada ejen cukai hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini dengan menyatakan bahawa—

(i)

ejen cukai itu dibenarkan untuk mengemukakan borang yang ditetapkan kepada Ketua

Pengarah bagi pihaknya; dan

(ii)

maklumat yang diberikan olehnya kepada ejen cukai bagi penyediaan borang yang ditetapkan itu adalah benar dan betul;

(b)

ejen cukai itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (1) yang menyatakan bahawa—

(i)

borang yang ditetapkan itu disediakan mengikut maklumat yang diberikan oleh orang itu;

dan

(ii)

dia telah menerima suatu akuan yang dibuat oleh orang itu di bawah perenggan (a);

(c)

orang itu hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat borang yang ditetapkan itu yang merupakan salinan cetak borang yang ditetapkan yang dikemukakan itu dan salinan cetak itu hendaklah dibuat di bawah proses dan tatacara yang dibangunkan untuk memastikan maklumat yang terkandung dalam borang yang ditetapkan itu hendaklah menjadi satu-satunya maklumat yang dikemukakan mengikut seksyen ini;

(d)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c)

hendaklah ditandatangani oleh orang itu; dan

(e)

salinan cetak yang ditandatangani di bawah perenggan (d)

dan akuan yang dibuat di bawah perenggan (a)

hendaklah disimpan dan dikekalkan bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran yang borang yang ditetapkan itu dikemukakan.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(6)

Mana-mana borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) disifatkan telah dikemukakan oleh orang itu kepada Ketua Pengarah pada tarikh yang suatu perakuan penerimaan borang yang ditetapkan itu dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepada orang itu.”.

s 18Pindaan seksyen 22da

Subseksyen 22da(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga hari dari tarikh” dengan perkataan “tujuh puluh dua jam dari masa”.

s 19Seksyen baharu 22eb

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22ea seksyen yang berikut:

“Kewajipan untuk memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen untuk menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 22eb.  (1)  Jika seseorang telah mengemukakan kepada

Ketua Pengarah penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10, orang itu hendaklah memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh genap masa pengemukaan penyata keuntungan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seksyen 21c hendaklah terpakai dengan mana-mana ubah suaian yang perlu.”.

Undang-Undang Malaysia 16

s 20Penggantian seksyen 23

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 23 dengan seksyen yang berikut:

s 23“Kesalahan dan penalti

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mengemukakan butir-butir yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 5(3)(b) atau 10(3)(b);

(b)

tidak mematuhi notis yang diberikan di bawah seksyen 22b, 22c atau subseksyen 22d(5); atau

(c)

melanggar seksyen 22eb, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.”.

s 21Seksyen baharu 23a, 23b dan 23c

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23

seksyen yang berikut:

“Keingkaran mengemukakan penyata keuntungan 23a.  (1)  Mana-mana orang yang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10

berkenaan dengan mana-mana satu tahun taksiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata keuntungan telah dibuat hendaklah terletak atas orang tertuduh.

(3)

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.

(4)

Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10 dan tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan keingkaran itu—

(a)

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai itu yang, sebelum apa-apa pembayaran balik di bawah Akta ini, yang kena dibayar bagi tahun itu; dan

(b)

jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

(5)

Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (4) berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran.

Penalti bagi penyata keuntungan dan maklumat yang tidak betul 23b.  (1)  Mana-mana orang yang—

(a)

membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau

Undang-Undang Malaysia 18

(b)

memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang—

(a)

membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau

(b)

memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, maka, jika tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) dimulakan berkenaan dengan penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti yang sama dengan amaun cukai yang telah terkurang dikenakan akibat penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu atau yang telah terkurang dikenakan jika penyata keuntungan atau maklumat telah diterima sebagai betul; dan, jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti dikurangkan atau diremitkan di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, penalti yang belum dikurangkan atau diremitkan, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

Mendapatkan penalti 23c.  Apa-apa penalti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah subseksyen 23a(4), 23a(5) atau 23b(2) hendaklah dipungut seolah-olah penalti itu sebahagian daripada cukai yang kena dibayar oleh orang itu, tetapi tidak boleh dianggap sebagai cukai yang kena dibayar bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini selain seksyen 11, 13b dan 14.”.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

s 22Pindaan seksyen 24

Seksyen 24 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 22 atau 23” dengan perkataan “seksyen 22,

22ea, 23 atau 23a”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau meremitkan mana-mana penalti yang dikenakan di bawah Akta ini kecuali penalti yang dikenakan apabila disabitkan.”.

s 23Pemotongan seksyen 25

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 25.

s 24Pindaan seksyen 26

Seksyen 26 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “that company” dengan perkataan

“that entity”.

s 25Pindaan seksyen 27

Seksyen 27 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “seksyen 6” dengan perkataan “subseksyen 6(2), (3) atau (4)”;

(b)

dengan memotong perkataan “atau notis tuntutan yang dikeluarkan di bawah seksyen 13”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “dengan pos” dengan perkataan “dengan pos biasa”.

Undang-Undang Malaysia 20

s 26Seksyen baharu 27a, 27b dan 27c

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27

seksyen yang berikut:

“Peruntukan mengenai keterangan 27a.  (1)  Dalam suatu guaman di bawah seksyen 14, pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh

Ketua Pengarah memberi nama dan alamat defendan dan amaun cukai yang genap masa untuk dibayar olehnya menjadi keterangan yang cukup mengenai amaun yang genap masa untuk dibayar itu dan juga kuasa yang cukup bagi mahkamah membuat hukuman bagi amaun itu.

(2)

Dalam prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini apa-apa kenyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh

Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang merupakan sebahagian daripada atau dilampirkan kepada maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi bukti apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi—

(a)

pernyataan tentang niat orang yang dituduh atau defendan lain; atau

(b)

prosiding bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.

(3)

Suatu transkrip bagi apa-apa butir-butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai, jika transkrip itu diperakui oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa sebagai suatu salinan butir-butir yang benar, hendaklah diterima sebagai keterangan sebagai bukti butir-butir tersebut.

(4)

Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak seseorang boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam mana-mana prosiding terhadapnya bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 23a atau 23b, atau tuntutan bagi apa-apa jumlah tertunggak sebagai cukai atau penalti, dengan alasan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

21

hanya oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen itu dengan apa-apa dorongan atau janji yang sah daripada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa.

(5)

(a)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(i)

menyentuh penjalanan kuat kuasa Bab IX

Bahagian III

Bahagian III Akta Keterangan 1950; atau