Skip to content

Seksyen 10

Kadar cukai jualan

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 10 of 129
Seksyen 10
(1)

Cukai jualan hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan mengikut subseksyen (2) ke atas barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan atau diimport, dengan merujuk kepada nilai jualan barang bercukai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 9.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

menetapkan kadar cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini; dan

(b)

mengubah atau meminda kadar cukai jualan yang ditetapkan di bawah perenggan (a).

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(4)

(Dipotong oleh Akta 851).

(5)

(Dipotong oleh Akta 851).

(6)

(Dipotong oleh Akta 851).

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 806