Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

7. Kerahsiaan maklumat

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang, yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini, hendaklah menganggap dan menguruskan semua dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang berhubungan dengan perniagaan, nilai jualan barang mana-mana orang kena cukai atau nilai jualan barang yang diimport sebagai rahsia.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinannya berhubung dengan perniagaan atau nilai jualan barang mana-mana orang kena cukai atau nilai jualan barang yang diimport, yang pada bila-bila masa, selainnya bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—

(a)

menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya kepada mana-mana orang; atau

(b)

membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat itu atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya,

Cukai Jualan 19

melakukan suatu kesalahan.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen

(4)

boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

(4)

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya, kepada

Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa jua yang terkandung dalamnya kepada mana-mana orang lain.

Report

Bahagian III

Pengenaan dan Skop Cukai Jualan

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik, Pulang Balik, Peremitan dan Pemotongan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan

Schedules