Seksyen 13
Permohonan bagi pendaftaran
Mana-mana pengilang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai seorang pengilang berdaftar dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bagi bulan selepas bulan yang dia bertanggungan untuk berdaftar sebagaimana yang disebut dalam perenggan 12(2)(a) atau (b).
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan pendaftaran itu, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan pengilang di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari tarikh yang lebih awal sebagaimana yang dipersetujui antara Ketua
Pengarah dengan pengilang itu tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pengilang itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
(4)
Jika mana-mana pengilang tidak mematuhi subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan pengilang itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak boleh lebih awal daripada tarikh pengilang itu bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12.
Cukai Jualan 27
(5)
Mana-mana pengilang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.