Akta Cukai Jualan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian IV · Pendaftaran
14. Pendaftaran sukarela
Feedback & support(1)
Mana-mana pengilang yang tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai seorang pengilang berdaftar dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan pendaftaran itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukannya tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.