Skip to content

Seksyen 17

Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 22 of 129
Seksyen 17
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana pengilang berdaftar hendaklah terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar pada akhir mana-mana bulan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa jumlah nilai jualan semua barang bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu (“selepas ini disebut sebagai

“tempoh dua belas bulan”) tidak melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1).

(2)

Seorang pengilang berdaftar tidak terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar menurut kuasa subseksyen (1) jika

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebab bagi jumlah nilai jualan semua barang bercukainya tidak melebihi jumlah nilai jualan barang bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1) adalah dalam

Cukai Jualan 33

tempoh dua belas bulan yang disebut dalam subseksyen (1) dia berhenti mengilangkan barang bercukai itu secara sementara, atau menggantung pengilangan barang bercukai itu untuk tempoh tiga puluh hari atau lebih.