Seksyen 21
Seksyen 21
Tiap-tiap pengilang berdaftar yang menjual apa-apa barang bercukai hendaklah mengeluarkan suatu invois yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris kepada pembeli berkenaan dengan transaksi itu.
(2)
Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai cukai jualan boleh dikeluarkan ke atas penjualan apa-apa barang—
(a)
yang bukan barang bercukai; atau
(b)
oleh seseorang yang bukan pengilang berdaftar.
(3)
Amaun cukai jualan yang kena dibayar hendaklah dipungut oleh pengilang berdaftar daripada pembeli sebagai tambahan kepada harga dan apa-apa amaun lain yang terhutang dan kena dibayar oleh pembeli itu berkenaan dengan barang bercukai itu.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 806