Skip to content

Seksyen 23

Nota kredit dan nota debit

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 28 of 129
Seksyen 23
(1)

Jika apa-apa barang bercukai dijual oleh mana-mana pengilang berdaftar yang melibatkan pengeluaran dan penerimaan nota kredit atau nota debit di bawah hal keadaan dan syarat yang ditetapkan, pengilang berdaftar itu hendaklah membuat potongan atau tambahan cukai jualan dalam penyatanya dengan sewajarnya, dan nota kredit dan nota debit itu hendaklah mengandungi butir-butir yang ditetapkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh pengilang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan olehnya patut dikenakan, meluluskan mana-mana satu atau lebih butir-butir yang ditetapkan untuk tidak dikandung dalam suatu nota kredit atau nota debit.