Skip to content

Seksyen 25

Tempoh bercukai

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 30 of 129
Seksyen 25
(1)

Tempoh bercukai yang pertama bagi tiap-tiap orang kena cukai hendaklah bermula dari tarikh dia sepatutnya berdaftar di bawah seksyen 13 dan berakhir pada hari terakhir bulan berikutnya dan tempoh bercukai seterusnya hendaklah suatu tempoh selama dua bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan dalam mana-mana tahun kalendar.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menentukan tempoh bercukai yang berbeza berkenaan dengan petroleum tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Orang kena cukai boleh memohon secara bertulis kepada

Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).

(4)

Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (3) diterima—

(a)

membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;

(b)

menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1);

atau

(c)

mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai bermula atau berakhir.

(5)

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menetapkan semula orang kena cukai kepada mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan kepadanya sebelum itu di bawah subseksyen (1), (2) atau (4).

Cukai Jualan 39