Skip to content

Seksyen 33

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 39 of 129

Seksyen 33

(1)

Dalam hal barang kena cukai yang diimport, tiada seorang pun berhak untuk mendapatkan serahan barang itu daripada kawalan kastam atau kawalan eksais sehingga amaun cukai jualan yang ditaksir oleh pegawai cukai jualan yang hak ke atas barang itu telah dibayar sepenuhnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang boleh mendapatkan serahan petroleum bercukai yang diimport daripada kawalan kastam atau kawalan eksais sama ada atau tidak apa-apa bahagian atau kesemua cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar ke atas petroleum bercukai itu telah dibayar.

Tanggungan pengarah, dsb.