Skip to content

Seksyen 34

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 40 of 129

Seksyen 34

(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tetapi tertakluk pada subseksyen (2) berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, jika cukai jualan adalah genap masa dan kena dibayar, surcaj adalah terakru, atau penalti, fi atau wang lain adalah kena dibayar, di bawah Akta ini oleh mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—

(a)

pengarah syarikat itu;

(b)

pegawai pematuhan yang dilantik dalam kalangan pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana pekongsi atau semua pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;

(c)

pekongsi firma itu;

(d)

pemegang jawatan pertubuhan itu; atau

(e)

orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu,

Cukai Jualan 53