Skip to content

Seksyen 41

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 48 of 129

Seksyen 41

(1)

Menteri boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar di bawah

Akta ini jika difikirkan patut olehnya.

(2)

Ketua

Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini jika difikirkan patut olehnya.

(3)

Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu.