Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian VII · Ketetapan

42. Ketetapan umum

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membuat suatu ketetapan umum mengenai pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan mana-mana orang atau golongan orang, atau apa-apa jenis aktiviti perniagaan.

(2)

Ketua Pengarah boleh menarik balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika suatu ketetapan umum di bawah subseksyen (1) terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu aktiviti perniagaan dan orang itu mengguna pakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam ketetapan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengguna pakai peruntukan itu berhubung dengan orang dan aktiviti perniagaan itu mengikut ketetapan itu.

Report

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan

Schedules