Skip to content

Seksyen 63

Kuasa untuk mengambil sampel

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 73 of 129
Seksyen 63
(1)

Mana-mana pegawai kanan cukai jualan boleh pada bila-bila masa, jika kewajipannya menghendaki sedemikian, mengambil sampel apa-apa barang—

(a)

untuk menentukan sama ada sampel itu ialah barang daripada perihalan yang boleh dikenakan cukai jualan;

(b)

untuk menentukan cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang itu; atau

(c)

bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang difikirkannya perlu,

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 806

dan sampel itu boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkannya.

(2)

Tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat bagi apa-apa sampel yang diambil di bawah subseksyen (1), tetapi pegawai cukai jualan yang hak hendaklah memberikan suatu resit untuk sampel itu.