Skip to content

Seksyen 66

Majistret boleh mengeluarkan waran geledah

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 76 of 129
Seksyen 66
(1)

Apabila mana-mana Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkan perlu olehnya, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut, ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini,

Cukai Jualan 79

Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan cukai jualan yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen, artikel atau benda; dan

(b)

untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, artikel atau benda itu.

(2)

Pegawai kanan cukai jualan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan

(c)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.