Skip to content

Seksyen 78

Obligasi kerahsiaan

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 92 of 129
Seksyen 78
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 79, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport dan alamat pemberi maklumat, atau apa-apa maklumat lain yang boleh membawa kepada identiti pemberi maklumat itu, dan bahan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat hendaklah disimpan rahsia dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai cukai jualan atau mana-mana orang yang dalam penjalanan biasa kewajipannya memiliki, atau mempunyai kawalan ke atas atau akses kepada, maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai cukai jualan yang hak.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.