Seksyen 81
Mahkamah hendaklah memerintahkan pelupusan barang yang disita
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa barang yang boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan pelucuthakan itu telah diadakan, dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa—
(a)
suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan; dan
(b)
barang itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini.
(2)
Amaun yang dijamin di bawah perenggan 71(1)(a) atau subseksyen 71(2) atau amaun yang diperoleh melalui jualan di bawah perenggan 71(1)(c) hendaklah dilucuthakkan oleh mahkamah jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau diperoleh melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, terlucut hak jika tidak dituntut