Seksyen 89
Pekerja boleh membuat urusan
ActIn forceProvision 106 of 129
Seksyen 89
(1)
Pekerja bagi mana-mana orang boleh membuat urusan secara am dengan mana-mana pegawai cukai jualan yang hak bagi pihak orang itu.
(2)
Pegawai cukai jualan yang hak boleh menolak untuk membuat urusan dengan pekerja itu melainkan jika orang yang disebut di bawah subseksyen (1) memperkenalkan pekerja itu kepada pegawai cukai jualan yang hak itu sebagai mempunyai kuasa untuk membuat urusan.