Seksyen 90
Membuat urusan bagi pihak orang kena cukai
Tertakluk pada seksyen 89, tiada seorang pun boleh membuat apa-apa urusan berhubung dengan
Akta ini bagi pihak mana-mana orang kena cukai, kecuali tentang perkara yang berkaitan dengan apa-apa pembayaran balik, peremitan, pengecualian, atau apa-apa perkara lain sebagaimana yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah, di bawah Akta ini.
(2)
Orang yang membuat urusan tentang mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi pihak orang kena cukai hendaklah—
(a)
mengemukakan surat kuasa daripada orang kena cukai yang diwakilinya; dan
Cukai Jualan 105
(b)
mengemukakan apa-apa benda dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang dikehendaki supaya diserahkan bagi maksud perkara yang dibuat.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan oleh orang yang diberi kuasa dan orang yang tidak diberi kuasa