Skip to content

Seksyen 2

of Akta Duti Import (Pengesahan) 1992

ActIn forceProvision 3 of 3

Seksyen 2

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Kastam 1967 [Akta 235], telah duti import yang dilevi dan dikutip di seluruh Malaysia sepanjang tempoh dari 29 Mac 1990 hingga 22 Ogos 1991 dan yang dikatakan telah dilevi dan dikutip di bawah kuasa Perintah Duti

Kastam 1988 [P.U. (A) 405/1987], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, dan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 [P.U. (A)

410/1987], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, hendaklah disifatkan sebagai telah dilevi dan dikutip dengan sah.

(2)

Tiada apa jua pun tindakan atau prosiding undang-undang hendaklah dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan

Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah mereka atau mana-mana daripada mereka berkenaan dengan apa-apa duti import yang telah dilevi atau dikutip yang duti import itu dikatakan dilevi atau dikutip

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 477