Skip to content

Seksyen 13B

Kajian semula dipercepat

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993

ActIn forceProvision 22 of 65
Seksyen 13B
(1)

Seseorang pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya tertakluk kepada duti timbal balas muktamad tetapi yang tidak sebenarnya disiasat atas sebab selain keengganan untuk bekerjasama berhak mendapat kajian semula dipercepat supaya

Kerajaan boleh dengan serta-merta mewujudkan kadar duti timbal balas individu bagi pengeksport atau pengeluar itu.

(2)

Tiada duti timbal balas boleh dikenakan ke atas pengimportan daripada pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1)

semasa kajian semula sedang dijalankan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Kerajaan boleh menahan sesuatu penaksiran atau meminta jaminan untuk memastikan bahawa,

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 33

sekiranya kajian semula di bawah subseksyen (1) berkeputusan dengan penentuan bahawa terdapat pensubsidian dan kemudaratan yang disebabkan olehnya berkenaan dengan pengeksportan dagangan subjek ke dalam Malaysia oleh pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1), duti timbal balas boleh dikenakan secara retroaktif ke tarikh pemulaan kajian semula itu.