Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2014 · 5 parts
Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993
Feedback & supportInvestigating subsidies and dumping, and imposing duties against themBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Timbal Balas dan
Anti-Lambakan 1993.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
8 Undang-undang Malaysia AKTA 504
“aku janji” ertinya aku janji sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 50;
“Anggota”
ertinya
Anggota kepada
Perjanjian
Pertubuhan
Perdagangan Sedunia;
“dagangan subjek” ertinya kelas atau jenis dagangan yang diimport atau dijual untuk pengimportan ke dalam Malaysia yang menjadi subjek bagi apa-apa tindakan duti timbal balas atau anti-lambakan di bawah Akta ini, sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan sebagai sesuai bagi memastikan skop tindakan itu;
“de minimis”—
berhubung dengan subsidi ertinya amaun subsidi itu yang berhubungan dengan pengimportan dari negara yang sedang disiasat itu adalah kurang daripada satu peratus ad valorem; dan
berhubung dengan lambakan ertinya margin lambakan adalah kurang daripada dua peratus, yang dinyatakan sebagai suatu peratusan daripada harga eksport;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;
“harga eksport”
ertinya harga eksport sesuatu dagangan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 17;
“industri dalam negeri” ertinya—
pengeluar dalam negeri secara keseluruhannya bagi keluaran serupa;
pengeluar dalam negeri yang pengeluaran kolektifnya bagi keluaran serupa merupakan bahagian yang terbesar daripada jumlah pengeluaran dalam negeri keluaran serupa itu; atau
jika berkenaan, pengeluar serantau keluaran serupa:
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 9
Dengan syarat bahawa apabila mana-mana pengeluar yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) ada kaitan dengan pengeksport atau pengimport, atau adalah sendiri merupakan pengimport dagangan subjek atau, berhubung dengan Bahagian II, merupakan pengimport keluaran serupa dari negara lain, ungkapan “industri dalam negeri”
boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pengeluar lain yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, selain pengeluar berkaitan atau pengeluar yang merupakan pengimport itu;
“keluaran serupa” ertinya keluaran yang sama atau serupa dari segala segi dengan dagangan subjek atau, jika tidak ada keluaran sedemikian, keluaran lain yang walaupun tidak serupa dari segala segi mempunyai ciri-ciri yang hampir menyerupai dagangan subjek;
“kemudaratan” ertinya kemudaratan material atau ancaman kemudaratan material kepada industri dalam negeri atau kerencatan material penubuhan industri sedemikian;
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“lambakan” ertinya pengimportan dagangan ke dalam Malaysia pada nilai yang kurang daripada nilai normalnya sebagaimana yang dijual di pasaran dalam negeri negara pengeksport;
“langkah sementara” ertinya—
berhubungan dengan Bahagian II, kehendak untuk memberikan suatu cagaran yang sama dengan anggaran subsidi yang didapati dalam penentuan awal; dan
berhubungan dengan Bahagian III, kehendak untuk memberikan suatu cagaran yang sama dengan anggaran margin lambakan yang didapati dalam penentuan awal;
“margin lambakan” ertinya amaun yang dengannya nilai normal dagangan melebihi harga eksport;
10 Undang-undang Malaysia AKTA 504
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
“negara” termasuklah kesatuan kastam atau wilayah kastam yang mempunyai autonomi penuh dalam menjalankan hubungan perdagangan luarnya dan perkara lain yang diperuntukkan dalam
Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia;
“negara berekonomi bukan pasaran” ertinya mana-mana negara asing yang ditentukan oleh Kerajaan sebagai beroperasi berdasarkan ekonomi yang dirancang secara berpusat dan tidak berdasarkan prinsip pasaran berdasarkan kos atau struktur harga atau ekonomi perusahaan bebas;
“negara pengeksport” ertinya—
negara eksport dagangan subjek; atau
dalam hal apabila dagangan subjek tidak dieksportkan secara langsung ke Malaysia tetapi dipindahkan melalui suatu negara perantaraan—
jika dagangan subjek tidak diubah secara substansial di negara perantaraan itu, negara asal dagangan subjek itu;
jika dagangan subjek diubah secara substansial di negara perantaraan itu, negara perantaraan itu;
“nilai normal” ertinya nilai normal sesuatu dagangan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 16 atau 19;
“pegawai kastam” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967
[Akta 235];
“pengeluar” ertinya pengeluar, pengilang atau pemproses;
“pengeluar serantau” ertinya pengeluar dalam negeri keluaran serupa yang terletak dalam pasaran serantau tertentu di dalam
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 11
Malaysia jika dalam hal keadaan luar biasa terdapat dua pasaran bersaingan atau lebih di dalam Malaysia bagi pengeluaran yang berkenaan dan dalam hal sedemikian, pengeluar keluaran serupa di dalam setiap pasaran boleh dianggap sebagai industri berasingan jika—
pengeluar di dalam setiap pasaran menjual semua atau hampir semua dagangan yang berkenaan yang dikeluarkan olehnya di dalam pasaran itu; dan
permintaan di dalam setiap pasaran tidak sehingga apa-apa tahap yang substansial dibekalkan oleh pengeluar dagangan yang berkenaan yang terletak di tempat lain di Malaysia;
“Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994” ertinya
Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994 yang dinyatakan dalam Lampiran 1A kepada Perjanjian Pertubuhan
Perdagangan Sedunia;
“Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia” ertinya Perjanjian
Marrakesh yang Menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang dibuat di Marrakesh pada 15 April 1994;
“Pertubuhan
Perdagangan
Sedunia”
ertinya
Pertubuhan
Perdagangan Sedunia yang ditubuhkan oleh Perjanjian Pertubuhan
Perdagangan Sedunia;
“pihak berkepentingan” ertinya—
pengeluar, pengeksport atau pengimport dagangan subjek;
persatuan perdagangan atau perniagaan yang sebilangan besar anggotanya ialah pengeluar, pengeksport atau pengimport dagangan subjek;
kerajaan sesuatu negara yang dalamnya dagangan subjek dikeluarkan atau yang darinya dagangan subjek dieksportkan;
12 Undang-undang Malaysia AKTA 504
pengeluar keluaran serupa di Malaysia;
persatuan perdagangan atau perniagaan yang sebilangan besar anggotanya mengeluarkan keluaran serupa di
Malaysia; atau
mana-mana pihak lain yang didapati patut oleh Kerajaan;
“sedikit sahaja”—
berhubung dengan tindakan duti timbal balas, dalam hal
Anggota negara membangun, ertinya jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, dari suatu Anggota negara membangun tertentu ke dalam Malaysia menyumbang kurang daripada empat peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa melainkan jika Anggota-Anggota negara membangun yang secara individu menyumbang kurang daripada empat peratus daripada pengimportan keluaran serupa ke dalam
Malaysia secara keseluruhannya menyumbang lebih daripada sembilan peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia; dan
berhubung dengan tindakan duti anti-lambakan ertinya jumlah pengimportan dagangan subjek, yang sebenar atau mungkin, dari suatu negara tertentu ke dalam Malaysia menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa melainkan jika negara-negara yang secara individu menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia secara keseluruhannya menyumbang lebih daripada tujuh peratus daripada jumlah pengimportan keluaran serupa ke dalam Malaysia.
(Dipotong oleh Akta A1046).
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, Menteri boleh mengambil kira apa-apa aktiviti yang diiktiraf di bawah obligasi antarabangsa Malaysia sebagai aktiviti yang hendaklah atau tidaklah tertakluk kepada tindakan di bawah Akta ini.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 13
(Dipotong oleh Akta A1046).
Pihak-pihak hendaklah disifatkan sebagai berkaitan jika —
satu pihak mengawal pihak yang satu lagi secara langsung atau tidak langsung;
kedua-dua pihak dikawal oleh suatu pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung; atau
pihak-pihak itu mengawal suatu pihak ketiga bersama-sama secara langsung atau tidak langsung:
Dengan syarat bahawa terdapat alasan untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa kesan perhubungan itu ialah untuk menyebabkan pihak yang berkenaan berkelakuan berlainan daripada pihak-pihak tidak berkaitan.
Satu pihak hendaklah disifatkan mengawal pihak yang satu lagi apabila pihak yang mula-mula disebut itu, menurut undang-undang atau amalan operasinya, berada dalam kedudukan untuk menjalankan sekatan ke atas atau memberi arahan kepada pihak yang kemudian itu.
BAHAGIAN IA
SUBSIDI
s 2ASubsidi
Bagi maksud Akta ini, “subsidi”, berhubung dengan dagangan yang diimport ke dalam Malaysia, ertinya—
suatu sumbangan kewangan oleh kerajaan atau perbadanan awam, atau oleh perbadanan swasta yang diamanahkan atau diarahkan oleh kerajaan atau perbadanan awam supaya menjalankan suatu fungsi kerajaan, yang dibuat berkaitan dengan pengeluaran, pengilangan atau pengeksportan dagangan itu dan yang melibatkan satu atau
14 Undang-undang Malaysia AKTA 504
lebih daripada satu daripada yang berikut:
pemindahan secara langsung dana daripada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu kepada perusahaan yang mengeluarkan, mengilangkan atau mengeksportkan dagangan itu (selepas ini disebut
“perusahaan itu”);
pemindahan dana secara langsung yang mungkin dibuat daripada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu kepada perusahaan itu yang bergantung pada berlakunya hal keadaan tertentu;
penyetujuterimaan liabiliti perusahaan itu, yang sebenar atau mungkin, oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu;
pelepasan, atau perbuatan tidak memungut, hasil
(selain pengecualian atau pengurangan yang dibenarkan) yang kena dibayar kepada kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu oleh perusahaan itu;
penyediaan barang atau perkhidmatan oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu untuk perusahaan itu selain infrastruktur am;
pembelian barang yang disediakan oleh perusahaan itu oleh kerajaan atau perbadanan awam atau perbadanan swasta itu;
pembayaran kepada mekanisme pembiayaan oleh kerajaan atau perbadanan awam itu; atau
apa-apa bentuk pendapatan atau sokongan harga yang dinyatakan dalam Perkara XVI Perjanjian Am mengenai
Tarif dan Perdagangan 1994 yang diterima daripada kerajaan atau perbadanan awam, jika sumbangan kewangan atau pendapatan atau sokongan harga itu memberikan manfaat berhubung dengan dagangan itu.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 15
s 2BSubsidi dilarang
Subsidi yang berikut dilarang:
subsidi yang bergantung, mengikut undang-undang atau mengikut fakta, sama ada semata-mata atau sebagai satu daripada beberapa syarat lain, pada prestasi eksport, termasuk syarat-syarat yang ditetapkan; dan
subsidi yang bergantung, sama ada semata-mata atau sebagai satu daripada beberapa syarat lain, pada penggunaan dagangan dalam negeri melebihi dagangan yang diimport.
s 2CSubsidi boleh diambil tindakan
Subsidi yang menyebabkan kesan mudarat yang berikut kepada kepentingan dalam negeri hendaklah tertakluk kepada langkah timbal balas di bawah Akta ini:
memudaratkan industri dalam negeri;
membatalkan atau mengurangkan manfaat yang terakru secara langsung atau secara tidak langsung di bawah
Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994, khususnya manfaat daripada konsesi yang diikat di bawah
Perkara II Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan 1994; atau
menjejaskan dengan teruk kepentingan dalam negeri:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak terpakai bagi subsidi yang disenggarakan mengenai keluaran pertanian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 13 Perjanjian mengenai Pertanian yang dinyatakan dalam Lampiran 1A kepada Perjanjian Pertubuhan
Perdagangan Sedunia.
16 Undang-undang Malaysia AKTA 504
s 2DSubsidi tidak boleh diambil tindakan
Subsidi yang berikut hendaklah dianggap sebagai subsidi tidak boleh diambil tindakan dan tidaklah tertakluk kepada duti timbal balas di bawah Akta ini:
subsidi yang tidak khusus mengikut pengertian subseksyen 3(2); dan
subsidi yang khusus mengikut pengertian subseksyen 3(2)
tetapi memenuhi segala syarat yang ditetapkan.
s 2EPenghitungan subsidi
Subsidi hendaklah dihitung mengikut cara yang ditetapkan.
Bahagian II
Duti Timbal Balas
Bahagian III
Duti Anti-Lambakan
Bahagian IV