Seksyen 43
Penjalanan penyiasatan jika tiada obligasi antarabangsa terpakai
of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Jika tiada obligasi antarabangsa yang terpakai mengenai duti timbal balas dan anti-lambakan wujud di antara Malaysia dengan kerajaan asing berkepentingan—
(a)
duti timbal balas dan anti-lambakan boleh dikenakan tanpa mengira penyiasatan yang disebut dalam seksyen 4 dan 20; dan
(b)
Kerajaan adalah berhak untuk menggunakan apa-apa takrif, perkaedahan dan prosedur pentadbiran dan undang-undang yang difikirkannya sesuai mengenai penyiasatan itu.
(2)
Apabila menggunakan subseksyen
(1)
, pertimbangan hendaklah diberi kepada undang-undang dan peraturan-peraturan kerajaan asing berkepentingan dan pemakaian undang-undang dan peraturan-peraturan itu kepada eksport Malaysia.
Pemindahan kapal