Skip to content

Seksyen 10

Bila keizinan Menteri perlu

of Akta Ekstradisi 1992

ActIn forceProvision 10 of 54
Seksyen 10
(1)

Jika seseorang penjenayah buruan telah dipulangkan ke sesuatu negara dan negara berkenaan berniat untuk membicarakannya atas suatu kesalahan ekstradisi yang dilakukan sebelum pemulangannya selain daripada kesalahan yang kerananya dia telah diekstradisikan, atau untuk mengekstradisikannya ke negara lain bagi perbicaraan atau hukuman atas apa-apa kesalahan lain, maka negara itu hendaklah membuat permintaan melalui wakil diplomatiknya bagi

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 479

mendapatkan keizinan Menteri dan permintaan sedemikian hendaklah disertakan dengan segala maklumat dan dokumen yang relevan dengan permintaan itu.

(2)

Menteri boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang diperlukannya supaya dia berpuas hati bahawa permintaan bagi mendapatkan keizinannya di bawah subseksyen (1) itu adalah konsisten dengan peruntukan Akta ini.

(3)

Menteri tidak boleh memberikan keizinannya di bawah subseksyen (1) jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kesalahan yang berhubungan dengan permintaan bagi mendapatkan keizinan itu telah boleh dipertuduhkan sebelum pemulangan penjenayah buruan itu jika usaha wajar telah dilakukan.