Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011 · 10 parts
Extradition Act 1992
Feedback & supportExtradition of fugitive criminalsBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ekstradisi 1992 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Akta ini atau mana-mana bahagian daripadanya hendaklah terpakai bagi―
negara yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 2;
negara yang berkenaan dengannya suatu arahan khas telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 3:
Dengan syarat bahawa Bahagian V hendaklah terpakai bagi
Brunei Darussalam dan Republik Singapura walaupun tiada perintah
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
di bawah seksyen 2 atau arahan khas di bawah seksyen 3 telah dikeluarkan atau diberikan oleh Menteri.
Jika sesuatu perkiraan mengikat telah dibuat antara
Malaysia dengan mana-mana negara bagi ekstradisi penjenayah buruan, maka Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta yang menyebutkan atau mengandungi terma perkiraan sedemikian, mengarahkan bahawa peruntukan Akta ni hendaklah terpakai bagi negara itu tertakluk kepada apa-apa sekatan, kecualian, ubah suaian, padanan, syarat atau pembatasan yang terkandung di dalam perintah itu.
Jika mana-mana perkiraan yang disebut dalam seksyen ini dibatalkan atau luput, maka Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta, dengan serta-merta memperakui hakikat itu; dan mana-mana perintah sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkiraan yang disebut di dalamnya telah dibatalkan atau telah luput, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.
Mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat dengan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan konklusif bahwa perkiraan yang disebutkan di dalamnya mematuhi peruntukan Akta ini, dan bahawa Akta ini terpakai dalam hal negara yang tersebut dalam perintah itu, dan kesahan perintah sedemikian tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.
Ekstradisi 9
Arahan khas Menteri untuk memakai Akta ini jika tiada perintah dibuat di bawah seksyen 2
s 3Section 3
Jika sesuatu negara yang berkenaan dengannya tiada perintah dibuat di bawah seksyen 2 membuat suatu perintaan bagi ekstradisi seseorang penjenayah buruan ke negara itu, maka Menteri boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, memberikan sendiri arahan khas secara bertulis bahawa peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi negara itu berhubungan dengan ekstradisi penjenayah buruan yang berkenaan ke negara itu.
s 4Arahan Menteri untuk memakai tatacara dalam seksyen 20
Jika perkiraan mengikat yang telah dibuat antara Malaysia dengan mana-mana negara bagi ekstradisi penjenayah buruan mengandungi peruntukan bagi mengetepikan kehendak prima facie sama ada secara umum atau berhubungan dengan suatu golongan atau golongan-golongan kesalahan, maka Menteri boleh memberikan arahan secara bertulis bahawa tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 20
hendaklah terpakai bagi kes sedemikian.
s 5Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“kesalahan boleh ekstradisi” ertinya sesuatu kesalahan yang diperihalkan dalam seksyen 32;
“kesalahan ekstradisi” ertinya sesuatu kesalahan yang diperihalkan dalam subseksyen 6(2) atau 6(3);
“Majistret” ertinya Majistret Kelas Pertama atau Hakim Mahkamah
Sesyen;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
“Menteri” ertinya Menteri Dalam Negeri;
“negara” termasuklah wilayah sesuatu negara yang, walaupun tidak berdaulat dan merdeka, diberi kuasa oleh negara itu untuk membuat perkiraan ekstradisi dengan negara lain;
“penjenayah buruan” ertinya mana-mana orang yang dituduh atau disabitkan atas suatu kesalahan ekstradisi yang dilakukan dalam bidang kuasa negara lain dan yang berada, atau disyaki berada, di suatu bahagian di Malaysia;
“wakil diplomatik” ertinya ketua wakil atau pegawai konsular, seperti yang ditakrifkan dalam Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord 53 tahun 1957];
“waran penyerahan” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(b);
“waran penyerahan sementara” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(a);
“waran sementara” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 13(1)(b).
Bahagian II
Kesalahan Ekstradisi
Bahagian III
Pemulangan Penjenayah Buruan
Bahagian IV
Tatacara bagi Pemulangan Penjenayah Buruan
Bahagian V
Pemulangan Penjenayah Buruan ke Brunei Darussalam dan Republik Singapura
Bahagian VI
Pemulangan Penjenayah Buruan yang Juga Banduan untuk Menghadapi Perbicaraan
Bahagian VII
Pemulangan Orang yang Dituduh atau yang Disabitkan ke Malaysia
Bahagian VIII
Habeas Corpus dan Kajian Semula
Bahagian IX
Pelbagai
Bahagian X