Skip to content

Seksyen 30

of Akta Ekstradisi 1992

ActIn forceProvision 30 of 54

Seksyen 30

(1)

Jika, semasa penjenayah buruan berada di sesuatu negara menurut waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(a), dia tidak lagi boleh dikehendaki menjalani hukuman atau hukuman pemenjaraan di Malaysia, Menteri hendaklah memberitahu negara itu bahawa aku janji yang disebutkan dalam perenggan 29(2)(a) dan (b)

tidak lagi perlu dipatuhi.

(2)

Apa-apa masa yang dihabiskan oleh penjenayah buruan di dalam jagaan berkaitan dengan waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(a) (termasuklah masa yang dihabiskan dalam jagaan di luar Malaysia) hendaklah dikira sebagai masa yang dihabiskan bagi menjalani hukuman atau hukuman-hukuman pemenjaraan yang disebutkan dalam subseksyen 29(1).

Pengeluaran waran oleh Menteri