Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Act of Parliament

Akta Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009

Feedback & supportValidating fees for certifying foreign workers' skills

The text

Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

AKTA FI (MAJLIS LATIHAN

PERTANIAN KEBANGSAAN)

(PENGESAHAN) 2009

Sebagaimana pada 1 September 2019

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … … … 18 April 2009

Tarikh penyiaran dalam Warta

… … … 30 April 2009

Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan)

3

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi pemerakuan kemahiran pekerja asing oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan semasa tempoh dari 25 Januari 2006 hingga 8 Mac 2007.

[1 Mei 2009]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Majlis Latihan Pertanian

Kebangsaan) (Pengesahan) 2009.

s 2Pengesahan dan tanggung rugi

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Majlis Latihan Pertanian

Kebangsaan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi pemerakuan kemahiran pekerja asing semasa tempoh dari 25 Januari 2006 hingga 8 Mac 2007, iaitu hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah Fi (Perkhidmatan Perakuan

Kemahiran Pekerja Asing) (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan)

2007 [P.U. (A) 99/2007], hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya atau mana-mana daripada antara mereka berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.

Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan)

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA —

Undang-Undang Malaysia 8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA —