Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi penjualan dan operasi apa-apa francais di dalam Malaysia.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Penjualan dan operasi sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika—
suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais—
dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia; atau
dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia; dan
perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, tetapi jika ada apa-apa percanggahan antara peruntukan Akta ini dan peruntukan undang-undang bertulis lain itu, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.