Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IV · Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan
29. Kelakuan pihak
Feedback & supportFrancaisor dan francaisi hendaklah bertindak dengan jujur dan sah di sisi undang-undang dan hendaklah berusaha untuk meneruskan amalan perniagaan francais yang terbaik mengikut masa dan tempat.
Francais 29
Francaisor dan francaisi semasa mereka berurusan antara satu sama lain hendaklah mengelakkan kelakuan yang berikut:
penilaian berlebihan yang banyak dan tidak munasabah tentang fi dan harga;
kelakuan yang tidak perlu dan tidak munasabah berhubung dengan risiko yang dilakukan oleh satu pihak;
dan
kelakuan yang tidak dengan munasabahnya perlu bagi melindungi kepentingan perniagaan francaisor, francaisi atau sistem francais yang sah.
Francaisi hendaklah menjalankan perniagaan berasingan daripada francaisor, dan hubungan francaisi dengan francaisor tidak pada bila-bila masa dianggap sebagai perkongsian, kontrak perkhidmatan atau agensi.