Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

6. Pindaan seksyen 6b

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6b dengan seksyen yang berikut:

“Pendaftaran francaisi 6b.  (1)  Seseorang francaisi yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang francaisor tempatan atau francaisi induk tempatan hendaklah mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh perjanjian antara francaisor dengan francaisi ditandatangani.

(2)

Mana-mana francaisi yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.”.

Report